Ujian Psikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jururawat Gred U41

Ujian Psikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jururawat Gred U41. Adakah anda calon ujian psikometrik SPA untuk jawatan Jururawat Gred U41? Anda bertuah kerana antara puluhan ribu pemohon jawatan tersebut, anda yang terpilih menduduki ujian psikometrik ini.

Ujian Psikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jururawat Gred U41

Perlu diingat, ujian psikometrik ini bukan peperiksaan online biasa yang ada pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah atau kefahaman bahasa inggeris, ianya berbeza kerana psikometrik merujuk kepada psikologi calon. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan contoh-contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41 yang lazimnya ditanya dalam peperiksaan online psikometrik SPA.

Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan

dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana).

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; “Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat U41

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Psikometrik Peperiksaan SPA sebagai gambaran awal kepada anda yang pertama kali menduduki peperiksaan online psikometrik ini.

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah
Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • A) Sangat setuju
  • B) Setuju
  • C) Tidak pasti
  • D) Tidak setuju
  • E) Sangat tdak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • A) Sangat kerap
  • B) Kerap
  • C) Tidak pasti
  • D) Kadang-kadang
  • E) Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • A) Sangat setuju
  • B) Setuju
  • C) Tidak pasti
  • D) Tidak setuju
  • E) Sangat tdak setuju

Panduan Lengkap Dan Contoh Soalan Psikometrik SPA

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.

contoh soalan psikometrik 2020
download ebook percuma pdf

P/S: Untuk makluman, pakej rujukan ini adalah dalam bentuk Ebook (Buku Digital) berbentuk PDF. Selepas pengesahan pembayaran dibuat, anda akan terus mendapat akses untuk memuat-turun ebook ini. Tak usah fikir soal pengeposan.

P/SS: BELI SEKARANG, DAPAT SEKARANG! Terus ke email anda.. EXAM TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI!

Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Terima kasih kerana membaca Ujian Psikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jururawat Gred U41 ini.

Semoga bermanfaat untuk semua dan semoga berjaya!

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Syariah LS41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?