Ujian Psikometrik Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini

Ujian Psikometrik Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini | Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik tahun ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikometrik psikologi dan psikometrik matematik.

Ujian Psikometrik Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini

Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting..

Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!

Format Soalan Ujian Psikometrik SPA

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini

Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  • Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  • Saya tdak suka pandangan saya ditolak.
  • Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 15 contoh soalan psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;

Baca Juga  Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Sains C41 (Kimia Hayat)

Contoh Soalan Psikometrik

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

  • A. Ya
  • B. Tidak
  • C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju
  • C. Tidak Pasti

3. Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja seharian

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju

4. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju

5. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja

  • A. Ya
  • B. Tidak

6. Mencari pengalaman baru membuatkan saya sangat aktif

  • A. Ya
  • B. Tidak

7. Saya lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut

  • A. Ya
  • B. Tidak

8. Saya tidak mengharapkan balasan apabila saya memberi

  • A. Ya
  • B. Tidak

9. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju

10. Saya hanya akan berdoa jika saya ditimpa musibah

  • A. Setuju
  • B. Tidak Setuju

Contoh Soalan Matematik Psikometrik

1. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?

  • A. 141
  • B. 164
  • C. 154
  • D. 192

2. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu.

  • A. 2340
  • B. 3730
  • C. 2700
  • D. 3624

3. Berapakah nilai jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.

  • A. 200
  • B. 305
  • C. 450
  • D. 556

4. Setelah dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.

  • A. RM 7550.00
  • B. RM 6500.00
  • C. RM 7200.00
  • D. RM 8104.00
Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Visual N19 Jab Penerangan Malaysia

5. Luas sebuah segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi empat tepat tersebut.

  • A. 4 CM
  • B. 5 CM
  • C. 6 CM
  • D. 9 CM

Dapatkan Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar.

Tarikh Ujian Terkini Yang Dijalankan SPA

Untuk penjadualan Ujian Psikometrik terkini, boleh semak disini – Semak

Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik dibawah ini untuk persediaan;

Ujian Psikometrik Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini

Ebook ini sesuai untuk Ujian Psikometrik bagi PEGAWAI PSIKOLOGI S41(KLINIKAL), PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH H11 pada 13 OKTOBER 2020 DAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 (ANGGOTA), PEMANDU KENDERAAN H11 PADA 14 OKTOBER 2020 NANTI!

P/S: Selepas pembayaran dilakukan dan disahkan, ebook ini akan dihantar terus ke email yang anda daftarkan. Tak perlu risau soal pengeposan sebab ebook ini dalam bentuk PDF dan dihantar automatik melalui email anda sahaja.

Didalam Ebook ini, anda akan dapat:-

  1. Tip menjawab soalan
  2. Contoh soalan psikometrik
  3. Contoh soalan matematik
  4. Contoh soalan memerangkap

Kami berharap artikel Ujian Psikometrik Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini ini membantu anda nanti!

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?