Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam. Adakah anda berjaya dalam peperiksaan online PSEE Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang lepas? Kami ucapkan tahniah kepada anda, peringkat pertama dan berjaya dilepasi. Selepas ini adalah sesi temuduga SPA!

Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Untuk pengetahuan anda, laluan kerjaya anda untuk berkhidmat sebagai Pembantu Kesihatan Awam adalah seperti dibawah, lebih mudah anda nak faham;

MELEPASI TAPISAN >>> LULUS PEPERIKSAAN ONLINE >>> LULUS TEMUDUGA >>> LATIHAN SELAMA 2 TAHUN DI INSTITUT LATIHAN KKM >>> LANTIKAN JAWATAN

Anda kini berada di peringkat 3 untuk kerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda harus baca habis artikel ini, banyak contoh soalan temuduga yang akan kami dedahkan kepada anda nanti.

Maklumat Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Berikut merupakan maklumat tentang Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang akan anda jalani selepas lulus temuduga dengan pihak SPA dan KKM nanti.

Jantina: Lelaki sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM755.06 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
  2. Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)

Syarat Latihan:

  • Warganegara Malaysia

Umur:

  1. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan:

  1. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.
Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
  2. berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Antara sebab utama kegagalan calon dalam temuduga adalah “Kurang Persediaan” ! dah esok nak temuduga, hari baru nak ready kelengkapan dan dokumen yang diperlukan.

Pihak SPA akan mengumumkan panggilan temuduga 2 hingga 3 minggu sebelum tarikh temuduga. Ianya sangat cukup untuk anda buat persiapan dari segi dokumen, pakaian dan persediaan mental/fizikal.

Tak cukup dengan itu, anda juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan soalan-soalan temuduga yang akan ditanya penemuduga SPA dan KKM.

Disini kami berikan anda beberapa contoh soalan temuduga SPA yang biasanya ditanya.

  1. Siapakah Menteri Kesihatan malaysia dan Timbalannya
  2. Perkenalkan diri anda
  3. Apakah tugas seorang Pembantu Kesihatan Awam?
  4. Adakah anda merokok?
  5. Jika anda ditempatkan di mana-mana negeri di Malaysia, adakah anda sanggup?
  6. Jika anda ditempatkan di luar daerah atau kawasan pedalaman, adakah anda sanggup?
  7. Terangkan rukun negara?
  8. Sebagai seorang Pembantu Kesihatan Awam, bagaimana anda melayani pelanggan yang datang ke klinik?
  9. Apakah perbezaan klinik dan hospital?
  10. Jika anda bekerja secara syif, adakah anda sanggup?
  11. Apakah warna pakaian seorang Pembantu Kesihatan Awam?
  12. Sila terangkan maksud integriti?

Kenapa kami perlu ambil kamu dan bukan orang lain? Apa kelebihan kamu?

Ini hanyalah sebahagian contoh soalan temuduga yang anda perlu buat persediaan. Soalan boleh menjadi santai, tegas ataupun menguji.

Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Pembantu Kemahiran H19

Tip Temuduga Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam

Kami tahu anda mahukan lebih banyak Nota, Rujukan dan Simulasi Temuduga untuk lulus kali ini. Usah biarkan anda gagal kali ini !

Jadual Temuduga Terkini !

  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tarikh Temu Duga: 07 September 2020 – 09 September 2020

Kami bersama Tim Infokerjaya, telah membantu ramai calon temuduga kerja kerajaan. Pengalaman kami dalam membantu calon sejak tahun 2009 lagi, apa kata anda ambil Rujukan dan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini untuk anda gunakan persediaan menghadiri temuduga nanti.

Terus dapatkan rujukan dan contoh soalan temuduga dibawah ini..

P/s: Selepas pembayaran disahkan, anda akan terus diberikan akses link untuk download eBook melalui email. Tiada pengeposan akan dilakukan kerana eBook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang juga!

Ayuuh! Buat sesuatu untuk panggilan temuduga Pembantu Kesihatan Awam kali ini. Semoga perkongsian Contoh Soalan Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam ini membantu anda dalam persiapan menjelang hari temuduga nanti.

Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?