Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Adakah anda dipanggil temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 pada bulan ini? Kami mengucapkan, tahniah kepada anda kerana berjaya dalam peperiksaan online dan PAC yang telah dijalankan beberapa bulan yang lalu.

Contoh Soalan Temuduga SPA Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Anda di peringkat 3 sebelum anda bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang mengetuai bahagian pentadbiran dan pengurusan di Kementerian atau Jabatan Kerajaan.

Secara ringkasannya, anda di peringkat 3 daripada 4 laluan kerjaya sebagai PTD M41.

Lulus Peperiksaan PSEE >>> Lulus PAC >>> Lulus Temuduga >>> Lulus Kadet PTD M41(Diploma) >>> Lantikan Tetap & Penempatan

Anda perlu lulus temuduga untuk berjaya diambil sebagai Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama 6 bulan di Pusat Tadbir Negara (INTAN) yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Jadual Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Berikut merupakan jadual gaji seorang PTD M41.

  • GAJI MINIMUM : RM 2,422.00  
  • GAJI MAKSIMUM : RM 9,631.00              
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 225.00

Tanggungjawab besar, gaji pun besar. Inilah PTD M41. Laluan kerjaya bukan setakat PTD M41 tetapi boleh menjadi Ketua Setiausaha Kementerian, dan pengarah konsulat Malaysia di luar negara.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Penjadualan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Terkini

Untuk penjadualan temuduga yang terkini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menetapkan temuduga untuk PTD M41 seperti ketetapan berikut:

  • Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Tarikh Temu Duga: 17 November 2020 – 08 Disember 2020
Baca Juga  Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Apa yang anda perlu lakukan sebelum sesi temuduga ini? Anda perlu sediakan dokumen lengkap, susunan fail yang betul dan yang paling penting adalah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjawab soalan-soalan penemuduga nanti.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Antara sebab utama kegagalan calon dalam temuduga adalah “Kurang Persediaan” ! dah esok nak temuduga, hari baru nak ready kelengkapan dan dokumen yang diperlukan.

Pihak SPA akan mengumumkan panggilan temuduga 2 hingga 3 minggu sebelum tarikh temuduga. Ianya sangat cukup untuk anda buat persiapan dari segi dokumen, pakaian dan persediaan mental/fizikal.

Tak cukup dengan itu, anda juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan soalan-soalan temuduga yang akan ditanya penemuduga SPA dan JPA.

Disini kami berikan anda beberapa contoh soalan temuduga SPA yang biasanya ditanya.

  1. Perkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris?
  2. Apakah tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?
  3. Kenapa awak nak jadi PTD sedangkan awak belajar Sains Kesihatan?
  4. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
  5. Sila namakan negara-negara di Benua Afrika?
  6. Bila sukan olimpik akan diadakan dan dimana?
  7. Jika anda ditempatkan di mana-mana negeri di Malaysia, adakah anda sanggup?
  8. Berapakah jumlah penduduk di Malaysia yang terkini ?
  9. Berapa jumlah penjawat awam di Malaysia?
  10. Huraikan berkaitan BREXIT?
  11. Huraikan akibat pada pandangan anda jika PKP dilaksanakan semula di negara kita?
  12. Apakah kesan yang berlaku daripada wabak Covid-19 di seluruh dunia?
  13. Sila terangkan maksud integriti?
  14. Bagaimana nak kurangkan rasuah atau meningkatkan kesedaran integriti di negara kita?
  15. Kenapa kami perlu ambil kamu dan bukan orang lain? Apa kelebihan kamu?
  16. Memandangkan Bajet 2021 baru sahaja dibentangkan, anda disangat disyorkan jika membaca pembentangan Bajet 2021 tersebut dan fahami agar lebih mudah nak jawab jika ditanya nanti.
Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Juru X-Ray U41

Ini hanyalah sebahagian contoh soalan temuduga yang anda perlu buat persediaan. Soalan boleh menjadi santai, tegas ataupun menguji.

Tip Temuduga & Rujukan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kami bersama Tim Infokerjaya, telah membantu ramai calon temuduga kerja kerajaan. Pengalaman kami dalam membantu calon sejak tahun 2009 lagi, apa kata anda ambil Rujukan dan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini untuk anda gunakan persediaan menghadiri temuduga nanti.

Bilangan calon dipanggil temuduga adalah 2086 orang. dan Hanya 400 orang calon yang akan dipilih mengikuti Kadet PTD M41 untuk Diploma Pengurusan Awam di mana-mana pusat INTAN yang ditetapkan. Simpanan pula adalah seramai 50 orang.

Terus dapatkan rujukan dan contoh soalan temuduga dibawah ini..

P/s: Selepas pembayaran disahkan, anda akan terus diberikan akses link untuk download eBook melalui email. Tiada pengeposan akan dilakukan kerana eBook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang juga!

Ayuuh! Buat sesuatu untuk panggilan temuduga PTD M41 kali ini. Semoga perkongsian Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini membantu anda dalam persiapan menjelang hari temuduga nanti.

Kami doakan kejayaan anda!

One thought on “Contoh Soalan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?