Soalan Temuduga SPA Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Soalan Temuduga SPA Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Adakah anda berjaya dalam peperiksaan online PSEE Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang lepas? Kami ucapkan tahniah kepada anda, peringkat pertama dan berjaya dilepasi. Selepas ini adalah sesi temuduga SPA!

Soalan Temuduga SPA Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Untuk pengetahuan anda, laluan kerjaya anda untuk berkhidmat sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan adalah seperti dibawah, lebih mudah anda nak faham;

MELEPASI TAPISAN >>> LULUS PEPERIKSAAN ONLINE >>> LULUS TEMUDUGA >>> LANTIKAN & PENEMPATAN PPK U11

Anda kini berada di Final Stage untuk kerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda harus baca habis artikel ini, banyak contoh soalan temuduga yang akan kami dedahkan kepada anda nanti.

Maklumat Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Pembantu Perawatan Kesihatan U11 merupakan kumpulan Pelaksana dalam perjawatan perkhidmatan awam. Penempatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia dan ditempatkan di Klinik ataupun Hospital.

Berikut merupakan maklumat gaji PPK U11;

  • Gaji minimum : RM1,204.00
  • Gaji maksimum : RM3,001.00
  • Kenaikan gaji tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Berikut merupakan syarat lantikan PPK U11:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Antara sebab utama kegagalan calon dalam temuduga adalah “Kurang Persediaan” ! dah esok nak temuduga, hari baru nak ready kelengkapan dan dokumen yang diperlukan.

Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Perangkawan E41

Pihak SPA akan mengumumkan panggilan temuduga 2 hingga 3 minggu sebelum tarikh temuduga. Ianya sangat cukup untuk anda buat persiapan dari segi dokumen, pakaian dan persediaan mental/fizikal.

Tak cukup dengan itu, anda juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan soalan-soalan temuduga yang akan ditanya penemuduga SPA dan KKM.

Disini kami berikan anda beberapa contoh soalan temuduga SPA yang biasanya ditanya.

  1. Siapakah Menteri Kesihatan malaysia dan Timbalannya
  2. Perkenalkan diri anda
  3. Apakah tugas PPK?
  4. Apakah tugas PPK di kecemasan?
  5. Apa warna uniform PPK?
  6. Adakah anda merokok?
  7. Jika anda ditempatkan di bilik mayat, adakah anda sanggup?
  8. Jika anda ditempatkan di luar daerah atau kawasan pedalaman, adakah anda sanggup?
  9. Adakah anda sanggup berdepan dengan najis, darah dan nanah?
  10. Terangkan rukun negara
  11. Sebagai seorang PPK, bagaimana anda melayani pelanggan yang datang ke klinik?
  12. Apakah perbezaan klinik dan hospital?
  13. Jika anda bekerja secara syif, adakah anda sanggup?
  14. Apakah warna pakaian seorang PPK?
  15. Sila terangkan maksud integriti?
  16. Kenapa kami perlu ambil kamu dan bukan orang lain? Apa kelebihan kamu?

Ini hanyalah sebahagian contoh soalan temuduga yang anda perlu buat persediaan. Soalan boleh menjadi santai, tegas ataupun menguji.

Dapatkan Tip Temuduga dan Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Kami tahu anda mahukan lebih banyak Nota, Rujukan dan Simulasi Temuduga untuk lulus kali ini. Usah biarkan anda gagal kali ini !

Kami bersama Tim Infokerjaya, telah membantu ramai calon temuduga kerja kerajaan. Pengalaman kami dalam membantu calon sejak tahun 2009 lagi, apa kata anda ambil Rujukan dan Simulasi Temuduga PPK U11 ini untuk anda gunakan persediaan menghadiri temuduga nanti.

Terus dapatkan rujukan dan contoh soalan temuduga dibawah ini..

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

P/s: Selepas pembayaran disahkan, kami akan hantar eBook ini ke email anda. Disana anda akan diberikan akses link untuk download eBook. Tiada pengeposan akan dilakukan kerana eBook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang juga!

Untuk makluman, jadual temuduga yang terkini adalah pada ketetapan berikut:

  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Semenanjung)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tarikh Temu Duga: 11 Oktober 2020 – 15 Oktober 2020
Baca Juga  Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat

Anda rasa berapa saingan temuduga ni? coba lihat dibawah ni..

Seramai 12,108 calon akan menghadiri temuduga ini dan hanya 377 kekosongan jawatan. Manakala, 850 lagi sebagai simpanan. Tak ready memang buang masa je datang temuduga !!

Ayuuh! Buat sesuatu untuk panggilan temuduga PPK U11 kali ini. Semoga perkongsian Soalan Temuduga SPA Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini membantu anda dalam persiapan menjelang hari temuduga nanti.

Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?