Platform Terbaik Jual Beli Mata Wang Kripto Di Malaysia
Platform Terbaik Jual Beli Mata Wang Kripto Di Malaysia. Ramai yang duduk rumah sekarang ni, lebih-lebih lagi baru saja diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021. Sambil berehat dirumah tu, eloklah ada aktiviti lain untuk menjana pendapatan sampingan.

Bagi pemula yang baru nak mula berjinak-jinak dengan mata wang kripto atau lebih dikenali sebagai crypto currency, mencari platform jual beli yang terbaik adalah sesuatu yang amat penting. Bukan setakat platform exchanger yang mudah dalam urusan jual beli tetapi juga keselamatan pengguna apabila ingin membeli dan menjual kripto nanti.
Jadi, saya akan kongsikan dengan anda yang mahu melabur dalam mata wang kripto beberapa platform jual beli kripto yang pernah saya gunakan dan masih guna sekarang ni.
Apakah Faktor Pemilihan Platform Jual Beli Kripto Yang Utama?
Antara faktor pemilihan yang saya tetapkan apabila memilih platform jual beli bitcoin, dan mata wang kripto lain adalah mesra pemula (beginner). Kebolehan untuk melakukan jual beli dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) adalah keutamaan. Rasanya, bukan semua orang ada kad kredit, sebab itu jika ada fungsi penambahan deposit secara online banking lebih memudahkan urusan.
Faktor kedua adalah senarai mata wang kripto yang ada. Lebih banyak pilihan kripto lebih mudah untuk meilih mana satu kripto yang berpotensi untuk naik lebih tinggi. Ada banyak kripto yang baru dilancarkan dan bukan semua boleh dibeli jika tidak sesuai platform yang anda gunakan.
Platform Terbaik Jual Beli Mata Wang Kripto Di Malaysia
Mengikut pengalaman saya, terdapat 3 platform jual beli kripto yang selamat dan sangat mudah digunakan di Malaysia ni. Anda hanya perlu ketahui kelebihan dan cara menggunakannya untuk jual beli kripto nanti.
Jadi, berikut saya kongsikan platform terbaik yang saya gunakan untuk jual beli kripto di Malaysia. Antaranya adalah:
1. Luno Malaysia
Luno merupakan platform mata wang kripto yang paling popular di Malaysia dan disenaraikan antara 3 platform tukaran mata wang kripto yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Luno ditubuhkan sejak 2013, Luno sehingga kini telah menyediakan perkhidmatan kepada hampir 6 juta pengguna di 40 buah negara dengan jumlah transaksi hampir 20 bilion USD.

Buat masa ini, Luno menyediakan 5 jenis mata wang kripto iaitu Bitcoin (BTC), Bitcoin Cash(BCH), Etherium (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC). Luno merupakan platform terbaik buat pemula memandangkan lebih mudah dan ringkas kerana diintegrasikan dengan FPX yang memudahkan anda buat transaksi Deposit ke wallet Luno.
2. Binance P2P
Binance adalah sebuah platform perdagangan mata wang kripto yang cukup terkenal buat masa kini. Pada tahun 2020 sahaja Binance mempunyai transaksi harian bernilai USD3.88 billion, 184 token dan 591 pasangan mata wang kripto dagangan yang menjadikan Binance sebagai salah satu kuasa besar yang berpengaruh dalam dunia perdagangan mata wang kripto diseluruh dunia.

Binance P2P adalah satu produk Binance yang diwujudkan pada penghujung tahun 2018 yang berperanan sebagai platform Peer To Peer (P2P) yang menggunakan orang tengah dalam unrusan jual beli mata wang kripto antara anda dan orang lain. Binance P2P tidak terhad kepada Bitcoin (BTC) sahaja, di Binance P2P telah menyokong 6 jenis mata wang kripto yang lain seperti Etherium (ETH), Binance Coin (BNB), Binance USD (BUSD), Dai Coin (DAI) dan Tether (USDT).
Mata wang yang kita gunakan untuk transaksi Binance P2P adalah Ringgit Malaysia. Yang akan di tukarkan kepada mata wang Tether (USDT) sebelum kita mula trade mana-mana mata wang kripto yang kita nak kan.
Konsep P2P ini untuk lebih mudah difahami adalah, kita jual dan beli mata wang Tether (USDT). Kita masukkan duit ke akaun orang lain, dan dia akan bagi kita mata wang kripto Tether (USDT) ke akaun wallet Binance nanti. USDT tersebut boleh digunakan untuk membeli Cryptocurrency yang anda rasa nak melabur.
3. KuCoin
KuCoin merupakan platform pertuakaran mata wang kripto yang berpusat di Hong Kong. Terdapat 200 lebih cryptocurrency yang diperdagangkan di platform KuCoin ini. Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas pertukaran KuCoin, Michael Gam, adalah pakar teknikal syarikat fintech terbesar di dunia, Ant Financial.

Ciri-ciri unik platform KuCoin adalah mempunyai Bonus KuCoin yang mana setiap hari berkongsi separuh keuntungannya dengan semua orang yang menyimpan token dalaman di dompet – Saham cryptocurrency KuCoin (KCS). Kucoin juga hampir sama dengan Binance, KuCoin mengambil komisen transaksi yang sangat rendah, dan diskaun tersedia untuk pemilik Saham KuCoin.
Seperti Binance Exchange, KuCoin mencipta cryptocurrency mereka sendiri, yang secara aktif dikembangkan dan dipromosikan di kalangan pengguna. Pelabur yang memegang KCS pada kunci kira-kira bursa saham mendapat potongan harga peratusan komisen transaksi perdagangan. Juga, KuCoin bertukar saham harian dengan semua pemilik KCS menunjukkan keuntungannya dari urus niaga. 50% dari jumlah keuntungan harian diagihkan di kalangan pemilik syiling KCS, bergantung pada jumlah pelaburan.
Pertukaran cryptocurrency KuCoin adalah platform yang selamat untuk perdagangan dan pertukaran mata wang digital. Pengurusan bursa secara aktif membangun platform dan mencari cara baru untuk menarik pengguna dengan menawarkan interaksi mata baru. Pertukaran diterjemahkan ke dalam sepuluh bahasa dan mempunyai reputasi yang baik dalam komuniti cryptocurrency.
Platform dagangan ini mempunyai aplikasi mudah alih yang berfungsi sendiri, yang menjadi keutamaan bagi pengurusan yang lebih baik. Secara umum, KuCoin Exchange adalah platform dagangan progresif dan boleh dipercayai yang terus berkembang dan mengambil kira pendapat pengguna.
Kesimpulan
Jadi, platform mana yang perlu anda pilih? Terpulang kepada anda nak pilih yang mana, sebabnya bagi pendapat saya sendiri kita perlu pelbagaikan platform jual beli mata wang kripto sebagai langkah keselamatan asset dan melabur dalam mata wang kripto yang lain selain BTC, ETH, XRP dan LTC.
Misalnya, mata wang kripto DOGECOIN yang semakin popular sekarang ni. Jika anda nak beli DOGE, anda tak akan dapat membeli di Luno, anda perlu gunakan Binance atau Kucoin sebagai exchanger anda.
Kesimpulannya, jika ada modal lebih, gunakan semua platform ni. Fokus pasangan mata wang kripto mana yang sesuai dan beli ikut risiko yang anda sanggup untuk digandakan.
Diharapkan artikel Platform Terbaik Jual Beli Mata Wang Kripto Di Malaysia ini mampu membantu anda dalam memberikan kefahaman lanjut tentang platform untuk jual beli mata wang kripto di Malaysia. Lepas ni, saya akan kongsikan bagaimana cara deposit (masukkan duit) melalui Peer to Peer (P2P) di Binance dan Kucoin.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)