3 Langkah Mudah Pilihan Mengekalkan Kadar Caruman Syer Pekerja 11%
3 Langkah Mudah Pilihan Mengekalkan Kadar Caruman Syer Pekerja 11%. Adakah anda ingin mengekalkan kadar caruman bulanan KWSP kepada 11 peratus (11%)? Jika anda mahu mengekalkan kadar caruman 11%, ini bermakna anda perlu mencarum sebanyak 4% melebihi kadar caruman berkanun iaitu 7%.

Ini adalah pilihan, anda boleh terus memilih 7% seperti yang disyorkan Kerajaan. Walaubagaimanapun, jika anda nak carum lebih anda perlu mengemukakan permohonan melalui majikan.
Ikuti langkah mudah dibawah ini untuk lebih mudah difahami.
Langkah Mudah Pilihan Mengekalkan Kadar Caruman Syer Pekerja 11%
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan mengekalkan kadar caruman syer pekerja melalui Borang 17A (Khas 2020).

Langkah 1: Muat turun Borang 17A (Khas 2020)
Langkah 2: Lengkapkan Borang 17A. Ianya dalam bentuk Excel, hanya taip dalam ruangan disediakan. Kemudian, SAVE.
Langkah 3: Majikan boleh menghantar borang 17A tersebut melalui e-mel khas di alamat VE2020@epf.gov.my
Nota: Sila isikan ‘VE2020’ pada ruang subjek e-mel bagi memastikan borang ini diterima
Semoga perkongsian 3 Langkah Mudah Pilihan Mengekalkan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% ini membantu anda membuat pilihan mengekalkan kadar caruman syer pekerja kepada 11%.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)