Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450. Adakah anda warga Sarawak yang akan melahirkan anak tahun 2020 ini? Jika ya, ada berita baik untuk anda dan anak yang bakal dilahirkan nanti !

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450

Setiap ibu bersalin yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020 akan menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) daripada Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

KWKPK diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) seperti mana yang telah diumukan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 lalu.

Cara Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Bagaimana cara mohon bantuan ibu bersalin ini? Untuk permohonan BIB, anda boleh memohon melalui 2 cara iaitu secara manual dan online:

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dimuat turun melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Hantar borang ini ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/ Pejabat Residen Bahagian/Pejabat Daerah/KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi)

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan

Nota: Pautan hanya boleh dibuka apabila Akaun Google/Gmail anda telah ‘Log In’

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’
  3. Melahirkan bayi didalam atau di luar Sarawak dan
  4. Kandungan ibu hendaklah mencapai usia 22 minggu dan ke atas

Maklumat Tambahan BIB

Sebagai peringatan untuk maklumat tambahan jika diminta semasa permohonan, beberapa maklumat tambahan seperti:

  1. Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi tahun 2020
  2. Tempoh permohonan adalah 3 bulan daripada tarikh bersalin
  3. Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual
  4. Sekiranya butiran permohonan tidak lengkap atau palsu, permohonan akan ditolak oleh KWKPK tanpa member sebarang alasan atau notifikasi

Bagi memudahkan permohonan anda, berikut adalah senarai semak dokumen sokongan yang perlu dikepilkan dalam permohonan BIB:

Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450

Nota: Semua salinan perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan/Ketua Kaum/Ketua Masyarakat

Baca Juga  Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor Di IPTA

Semoga dengan perkongsian Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450 ini dapatlah membantu Ibu-Ibu yang bersalin tahun 2020 ini untuk mengemukakan permohonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?