BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak Lulus

BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak Lulus. Adakah anda telah memohon BPN bagi permohonan baru atau permohonan rayuan BPN? Dah semak status permohonan baru dan permohonan rayuan BPN anda? Jika belum, semak di https://bpn.hasil.gov.my/.

BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak lulus

Ketika pengumuman PM pada 10 Mei 2020, PM menyatakan terdapat banyak keluhan berkaitan permohonan yang tidak diluluskan. Oleh itu, Menteri Kewangan Malaysia telah bersetuju melanjutkan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 31 Mei 2020.

12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak lulus

Semakan mendapati permohonan baharu atau rayuan BPN saya tidak lulus. Apakah keterangan alasan berkenaan status tidak lulus tersebut?

Semakan kelulusan dikategorikan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa keterangan alasan berikut:

BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak lulus
BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak lulus
BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak lulus

1. Pasangan telah memohon sebagai IBT/ Bujang (AB VS B)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon sebagai Ibu Bapa tunggal / bujang dan telah diluluskan.

2. Kahwin Dengan Maklumat Yang Sama (AB) vs (BA)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon BPN sebagai status kahwin dan meletakkan pemohon sebagai pasangan.

3. Kahwin Dengan Maklumat Yang Berbeza (AB) vs (BC)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon BPN sebagai status kahwin dengan mengemukakan maklumat pasangan yang lain.

4. Kahwin Dengan Maklumat Pasangan Yang Sama (AB) vs (CB)

Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN wujud sebagai pasangan di permohonan lain.

5. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap

Status yang dikemukakan semasa mengisi permohonan BPN adalah status kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.

Baca Juga  Download Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (NADMA)

6. Pasangan meninggal dunia

Maklumat pasangan yang dikemukakan telah meninggal dunia berdasarkan semakan semula dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

7. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon

Semakan mendapati pemohon tidak melepasi syarat kelayakan umur untuk memohon BPN. Syarat kelayakan memohon BPN adalah berumur 21 tahun dan ke atas bagi bujang, manakala bagi Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda adalah berumur 18 tahun dan ke atas.

8. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM8,000

Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai pendapatan melebihi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu pendapatan melebihi RM8,000 dan ke atas berdasarkan data daripada:

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),

ii. Jabatan Akauntan Negara (termasuk Polis Diraja Malaysia),

iii. Bendahari Negeri Seluruh Malaysia,

iv. Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

v. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),

vi. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan

vii.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

9. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000

Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai pendapatan melebihi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu pendapatan melebihi RM4000 dan ke atas berdasarkan data daripada:

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),

ii. Jabatan Akauntan Negara (termasuk Polis Diraja Malaysia),

iii. Bendahari Negeri Seluruh Malaysia,

iv. Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

v. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),

vi. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan

vii.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

10. Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar

Semakan dengan data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapati pemohon merupakan pelajar dan tidak menepati syarat kelayakan memohon.

11. Maklumat Pengenalan Pemohon Berbeza Dengan Semakan Data Agensi

Baca Juga  Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PA/PPR DBKL Secara Online

Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati pemohon telah memohon dengan menggunakan maklumat pengenalan yang tidak tepat.

12. Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi

Semakan dengan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat. Semakan dibuat berdasarkan data terkini yang dikemukakan oleh agensi iaitu aktif sehingga 31 Disember 2019. Pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

Namun demikian, pemohon boleh mengemukakan rayuan berdasarkan penerangan di soalan 6 Soalan Lazim Mengenai Permohonan Baharu Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

6. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus Tidak Lulus? Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data agensi kerajaan. Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke kaunter LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020.

Semoga perkongsian BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak Lulus ini membantu anda mengetahui mengapa permohonan BPN anda tidak diluluskan dan boleh kemukakan pemrohonan baru sehingga 31 Mei 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?