Cara Bayaran BPN Bagi B40 Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Atau Gagal Kredit

Cara Pembayaran BPN Kepada B40 Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Atau Gagal Kredit. Adakah anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang lulus permohonan tetapi gagal dikreditkan ke Akaun Bank atau anda tidak mempunyai akaun bank, maka dalam artikel ini, akan dikongsikan Tarikh Bayaran Tunai dan Cara Bayaran di Kaunter BSN bagi kategori B40.

Cara Bayaran BPN Bagi B40 Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Atau Gagal Kredit

Sehingga 17 April 2020, Kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40), melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Cara Bayaran Secara Tunai Di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sehubungan itu, penerima berkenaan boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my  atau lihat gambar dibawah ni:

Cara Bayaran BPN Bagi B40 Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Atau Gagal Kredit

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat semakan nombor siri atau baucer di laman web BPN. Setelah anda dapatkan nombor siri tersebut, anda bolehlah membuat penunaian baucer tersebut di Kaunter BSN bermula 17 April 2020. Manakala, untuk penerima M40 pula yang berstatus gagal kredit, anda perlu mengemaskini ezHASIL di mlaman web LHDNM untuk dikreditkan ke akaun bank anda.

Dokumen Diperlukan Semasa Tunaikan Baucer BPN Di Kaunter BSN

Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing- masing, dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan dari anggota Polis dan RELA yang bertugas.

Baca Juga  Semakan Status Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Inisiatif di atas adalah hasil dari langkah PRIHATIN di bawah matlamat Lindungi Rakyat, bagi memastikan Kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat B40 yang amat memerlukannya, terutamanya dengan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020. Kerajaan berharap agar bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan golongan yang disasar ini.

Bolehkah BPN Dituntut/Diterima Oleh Wakil Di BSN?

Bagi penerima yang tidak dapat hadir atau meninggal dunia, wakil atau waris anda perlu sertakan beberapa dokumen yang diperlukan semasa mewakilkan penerima semasa penunaian BPN di kaunter BSN nanti.

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Sijil Kematian (Asal atau Salinan) Penerima
  2. Kad Pengenalan Asal atau Salinan Penerima
  3. Kad Pengenalan Asal Wakil
  4. Dokumen Pembuktian Pertalian Antara Penerima dan Wakil/Waris

Bilakah tarikh penunaian Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat di kaunter BSN?

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020.

Cara Bayaran BPN Bagi B40 Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Atau Gagal Kredit

Bila dah semak dan dah ada Nombor Siri Baucer BPN, barulah anda hadir ke mana-mana cawangan BSnN untuk tuntut duit BPN.

Semoga dengan perkongsian Cara Bayaran BPN Bagi B40 Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank Atau Gagal Kredit ini membantu anda. Hebahkan kepada penerima BPN lain yang tidak mempunyai akaun bank atau pembayaran ke akaun bank gagal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?