Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 Ahli

Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 Ahli | KUALA LUMPUR, 23 Mac 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 Ahli

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, “Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini. “

Tambah beliau, kelonggaran untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 ahli akan memerlukan pindaan kepada Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6). Katanya lagi, “Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin. Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.”

Alizakri juga mengingatkan ahli tentang kepentingan menggunakan pertimbangan wajar apabila membaca tentang sesuatu berita atau paparan media sosial. “Terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutamanya melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter. Para ahli diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi. “

Cara dan Tarikh Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Apa Itu Kemudahan pengeluaran i-Lestari:

  1. Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
  2. Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
  3. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
  4. Untuk tempoh maksimum 12 bulan

Cara Pendaftaran:

  • Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
  • Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian

Permohonan Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari KWSP

  1. Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
  2. Permohonan secara  manual  akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
Baca Juga  Senarai Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Tahun 2020

Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.

Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.

2 Cara Boleh Digunakan Untuk Permohonan Online Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

Pada ketika ini, talian telefon KWSP dan laman web KWSP dalam keadaan ‘sibuk’ sekarang ini. Walaubagaimanapun, kami akan kongsikan 2 cara yang pernah digunakan pemohon i-Lestari untuk permohonan pengeluaran Akaun 2 ahli untuk anda gunakan nanti.

Secara teknikalnya, ahli perlu ke kiosk KWSP untuk ‘activate’ i-akaun kwsp sebelum boleh daftar i-akaun di laman web KWSP.

Namun, memandangkan ketika ini ada Perintah Larangan Pergerakan(PKP) maka pihak KWSP permudahkan caranya untuk kemudahan semua ahli KWSP memohon pengeluaran akaun 2 melalui online sahaja.

Dibawah ini kami terangkan 2 cara mudah permohonan pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP, jika dah daftar i-Akaun KWSP terus saja Log Masuk, jika belum daftar, ikut saja langkah yang kami kongsikan dibawah.

Cara 1 : Daftar i-akaun KWSP secara online dan mohon e-pengeluaran via i-Akaun

  1. Hubungi nombor talian KWSP – 03-896226000 (tekan no. 2 dan bagitau cutomer service nak register i-Akaun)
  2. Jawab soalan-soalan ‘verification’/’pengesahan’ seperti alamat, no kad pengenalan, email dan soalan-soalan lain
  3. Pihak KWSP akan SMS ‘activation pin number’ untuk korang daftar akaun baru i-Akaun KWSP
  4. Layari www.kwsp.gov.my , pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  5. Tukar ID dan Paswword baru yang anda kehendaki supaya tidak mudah lupa dan pastikan password selamat.
  6. Selepas selesai, anda sudah boleh melihat jumlah penyata akaun 1 dan akaun 2 akaun KWSP anda.
  7. Bolehlah buat permohonan e-pengeluaran akaun 2 nanti.
Baca Juga  Permohonan Bantuan Khas COVID-19 B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Cara 2 : Daftar i-Akaun KWSP melalui Email dan mohon e-pengeluaran dengan upload borang

  1. Layari
  2. Klik pada pautan ‘Daftar Sekarang Melalui Email’
  3. Kemudian, borang akan automatik dipaparkan atau ( download sini )
  4. Dibawah ini merupakan dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran i-Akaun KWSP melalui email. Salinan MyKad, Gambar Swafoto, Bukti Pemilikan Nombor Telefon, dan Salinan Buku Bank atau Penyata Akaun Bank.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 Ahli

Selepas semua dikumen ini dilengkapkan, isi borang tersebut secara online dan save sebagai PDF.

Kemudian, sila e-mel permohonan anda ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my

Soalan Lazim Tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP

1. Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari

  • Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

2. Konsep am Pengeluaran i-Lestari

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Contoh Situasi:

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

3. Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

4. Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Baca Juga  Cara Permohonan Balik Ke Rumah Sendiri Melalui App Gerak Malaysia

5. Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan ; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

6. Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

7. Saluran penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut :

  1. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  2. Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my; atau
  3. Secara hantaran pos/kurier kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220,Jalan Sultan 46720,Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 Ahli ini membantu anda untuk membuat permohonan e-pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP anda.

Semoga membantu!

One thought on “Cara Daftar i-Akaun KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 Ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?