Cara Permohonan Balik Ke Rumah Sendiri Melalui App Gerak Malaysia

Cara Permohonan Balik Ke Rumah Kampung Melalui App Gerak Malaysia. Adakah anda terkandas di kampung atau di bandar ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Fasa 1 (18 Mac-31 Mac 2020) sehingga Fasa ke 4 (29 April – 12 Mei 2020)? Kesukaran anda pasti terasa bila berada di sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama.

Cara Permohonan Balik Ke Rumah Melalui App Gerak Malaysia

Oleh itu, Kerajaan Malaysia bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada anda yang terkandas di kampung atau bandar untuk pulang ke kediaman anda.

Cara Permohonan Balik Ke Rumah Melalui App Gerak Malaysia Online

Berikut dikongiskan cara untuk memohon pergerakan merentas negeri atau balik ke tempat kediaman samada kampung atau bandar.

Anda hanya boleh mengemukakan permohonan pulang ke kediaman dari kampung/bandar dengan memuat turun (download) aplikasi Gerak Malaysia melalui Google Play Store Android atau AppStore IOS Apple.

Cara Permohonan Balik Ke Rumah Melalui App Gerak Malaysia
  • Permohonan melalui Aplikasi Gerak Malaysia bermula 26 April 2020.
  • Tarikh kemaskini permohonan Aplikasi Gerak Malaysia untuk mengesahkan destinasi perjalanan pada 29 April 2020.
  • Tarikh semakan status permohonan perjalanan pulang ke kediaman dari kampung boleh dibuat pada 1 Mei 2020.
  • Manakala, perjalanan untuk pulang ke kediaman dari kampung adalah dari 1 Mei hingga 3 Mei 2020 bagi permohonan yang diluluskan sahaja.

Maklumat Yang Diperlukan Untuk Permohonan Balik Dari Kampung

Untuk makluman, berdasarkan siaran media Majlis Keselamatan Negara (MKN)pemohon yang ingin mendaftar pergerakan rentas negeri perlu melaporkan maklumat berikut:

Cara Permohonan Balik Ke Rumah Melalui App Gerak Malaysia
  1. Nama Pemohon
  2. Jumlah Keluarga dan sebagainya untuk pulang
  3. Lokasi Asal (dari kampung mana)

Cara Permohonan Pulang Jika Tiada Internet atau Tidak Mempunyai Telefon Pintar

Jika pemohon tidak mempunyai telefon pintar dan tidak dapat memuat turun aplikasi Gerak Malaysia, maka pemohon harus menghubungi Balai Polis berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk membuat temujanji membuat permohonan terlebih dahulu.

Baca Juga  Senarai Cawangan BSN Yang Dibuka Bagi Pembayaran BPN Hujung Minggu

Hadir ke Balai Polis mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri.

Walaubagaimanapun, Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan bermula 1 Mei 2020 ini.

Cara Permohonan Balik Ke Rumah Melalui App Gerak Malaysia

Semoga dengan kelonggaran pihak Kerajaan ini tidak disalahgunakan dan memanfaatkan peluang yang ada untuk benar-benar pulag ke rumah sendiri nanti. Ini adalah perkongsian Cara Permohonan Balik Ke Rumah Sendiri Melalui App Gerak Malaysia untuk memudahkan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?