Cara Permohonan Pengeluaran Akaun Pelaburan MyASNB Secara Online
Cara Permohonan Pengeluaran Akaun Pelaburan MyASNB Secara Online. Adakah anda mempunyai akaun pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan mahu mengeluarkan unit saham tersebut untuk perbelanjaan ketika PKP ini?

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung-tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula 20 April 2020.
Pengeluaran Akaun Pelaburan MyASNB Telah Diperkenalkan
Kemudahan ini bertujuan memberi lebih fleksibiliti kepada para pelabur dalam pengurusan pelaburan masing-masing dan pada masa yang sama, dapat memastikan mereka kekal fokus terhadap objektif pelaburan, khususnya bagi mengimbangi keperluan kewangan semasa dan jangka panjang.
Ini selaras dengan komitmen ASNB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelabur, terutamanya dalam memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa. Menerusi kemudahan pengeluaran ini, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5.
Jumlah tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya. Waktu pengeluaran dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB iaitu:
Unit Amanah Harga Tetap
7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum
Unit Amanah Harga Berubah
7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum
Dibawah ini merupakan Kenyataan Akhbar pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB):


Kenyataan Akhbar ASNB – [ Muat turun ]
Tarikh dan Jumlah Pengeluaran Minimum myASNB Online
Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur.
Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020.
Soalan-Soalan Lazim Mengenai Kemudahan Pengeluaran Dalam Talian myASNB
- Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.
- Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
- Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
- Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
- Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
- Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
- Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.
- Kemudahan ini adalah PERCUMA sahaja.
- Pemegang unit boleh mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.
- Jika Belum Mendaftar myASNB, anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini. Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899.
Untuk panduan yang lebih jelas, tonton video yang disediakan pihak ASNB dibawah ni.
Semoga dengan perkongsian Cara Permohonan Pengeluaran Akaun Pelaburan MyASNB Secara Online membantu anda membuat pengeluaran akaun asb anda dengan mudah. Gunakan kemudahan ini dengan berhemah dan keluarkan hanya jika betul-betul memerlukan.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)