Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online. Adakah anda baru saja memohon untuk pendaftaran i-Akaun KWSP untuk pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 ahli? Pendaftaran secara online i-Akaun kini lebih mudah dengan laman web baru KWSP khas untuk pengeluaran i-Lestari iaitu i-lestari.kwsp.gov.my

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Seluruh rakyat Malaysia pasti merasa terkesan dengan Perintah Larangan Pergerakan yang telah di istiharkan Kerajaan Malaysia pada 18 hingga 31 Mac 2020, fasa kedua 1 hingga 14 April 2020 dan kini kita dalam fasa ketiga PKP yang akan berlanjutan sehingga 28 April 2020 nanti.

Pada 23 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP.

Tujuannya adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Berita ini disambut baik oleh rakyat, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara. Sungguhpun begitu, baru-baru ini sudah ada beberapa sektor perniagaan yang telah dibuka untuk menggerakan ekonomi dan kemudahan rakyat.

Dibawah ini adalah serba sedikit info berkaitan Pengeluaran i-Lestari.

Apakah Konsep Am Pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)
Baca Juga  Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Situasi :

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pengeluaran i-Lestari

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari

Siapa yang layak memohon i-Lestari?

Pencarum yang layak memohon i-Lestari terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tarikh Penerimaan Bayaran

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Cara Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Permohonan pengeluaran i-Lestari kini boleh dilakukan secara online sahaja dan tak perlu buat pendaftaran i-Akaun seperti sebelum ini lagi.

Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Langkah-langkahnya adalah:

Baca Juga  Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PA/PPR DBKL Secara Online

1. Layari laman web – https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Klik pada bahagian “PERMOHONAN BAHARU”

3. Lengkapkan maklumat peribadi seperti dibawah:

  • Nama Penuh
  • No MyKad
  • Nombor Telefon
  • Alamat Emel
  • Alamat
  • Poskod
  • Bandar
  • Negeri
  • Amaun Dimohon Sebulan
  • Bank
  • Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif

4. Tick pada ruangan pengesahan dan “Saya bukan robot”

5. Kemudian, jika semua maklumat sudah diisi dengan betul, klik butang “HANTAR”

Untuk info lanjut mengenai i-Lestari dengan Permohonan Baharu, baca infografik dibawah.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Cara buat semakan online untuk permohonan pengeluaran i-Lestari adalah mudah sahaja.

1. Layari laman web – https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih pada bahagian “SEMAK STATUS PERMOHONAN”

3. Masukkan No MyKad, No Telefon Bimbit dan klik butang SEMAK

4. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan

**Note: Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA(2) hari selepas permohonan

Kami ucapkan semoga permohonan anda untuk pengeluaran akaun 2, melalui ilestari.kwsp.gov.my berjaya dan dapat meringankan bebanan perbelanjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang menjejaskan ekonomi kita semua.

Semoga perkongsian Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online ini dapat membantu anda nanti. Hebahkan kepada rakan-rakan, keluarga dan orang kampung yang belum tahu cara mudah buat pengeluaran i-Lestari secara online ini.

2 thoughts on “Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?