Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN

Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN. Adakah anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang lulus permohonan tetapi gagal dikreditkan ke akaun atau tidak mempunyai akaun bank maka dalam artikel ini, akan dikongsikan cara semakan no. siri baucar Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN

Sehingga 17 April 2020, Kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 6.5 juta penerima golongan berpendapatan rendah (B40), melibatkan bayaran melebihi RM4.8 bilion. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil penerima B40 yang telah diluluskan BPN tetapi belum menerima pembayaran berkenaan kerana tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Justeru itu, ada berita tular di media sosial yang mengatakan penerima yang menghadapi masalah ini boleh datang terus ke kaunter BSN dengan hanya membawa Kad Pengenalan. Walaubagaimanapun, pihak LHDN memaklumkan bahawa hanya apabila anda sudah mendapat No. Siri Baucar di status semakan BPN yang boleh hadir ke kaunter BSN.

Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Secara Online

Bagaimana cara semak no siri baucar di laman web Bantuan Prihatin Nasional (BPN?

Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN
Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN
  1. Layari laman web BPN – https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Masukan No Kad Pengenalan dan taip Kod Keselamatan (captcha), kemudian klik butang SEMAK
  3. Paparan status Kod Tidak Berjaya dan Nombor Siri Baucar
Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN

Diatas ni adalah contoh paparan sekiranya No. Siri Baucar sudah dikemaskini dalam sistem BPN hasil gov my, jika status masih DILULUSKAN, bermakna belum ada status samada gagal atau tidak pengkreditan dilakukan.

Ingat, hanya apabila nombor siri baucar sudah dipaparkan di laman web BPN barulah anda ke kaunter BSN untuk menuntut bayaran BPN. Jika belum ada no siri baucar, harap bersabar dan elakkan bersesak di kaunter BSN.

Cara Tuntut Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Tunai Di Kaunter BSN Terpilih

Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengumumkan cawangan BSN yang terpilih untuk pembayaran tunai BPN.

Baca Juga  3 Langkah Mudah Pilihan Mengekalkan Kadar Caruman Syer Pekerja 11%

Senarai cawangan BSN dibuka untuk pembayaran BPN pada hujung minggu adalah:

Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN
Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN
Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN
Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN
Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN

Nota: Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN

Dokumen Diperlukan Semasa Penunaian BPN Di Kaunter BSN

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan Tiada Akaun atau status adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Siri Baucar BPN yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.

Diharapkan dengan perkongsian Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN ini membantu anda membuat semakan online no siri baucar bpn sebelum anda mengambil duit bpn di kaunter BSN seperti dinyatakan diatas.

One thought on “Cara Semak Nombor Siri Baucar BPN Untuk Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN

  1. Yg duk kje bahagian angkat kol jwp soklan tu org pggl operator tu bila org kol tu jwaplah..hawaq pnat sgt ke jwap kol tu,kalo pnat tukaq hang pi bwk penyapu plk,yg bwak penyapu tu biaq dia duk jwp kol plk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?