Cara Tunaikan BPN Di Kaunter BSN Melalui Wakil/Waris Bagi Pihak Penerima

Cara Tunaikan BPN Di Kaunter BSN Melalui Wakil/Waris Bagi Pihak Penerima. Adakah anda mengalami masalah ketika menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini? Masalah kesihatan, masalah kenderaan, dan tidak tahu berurusan dengan kaunter BSN?

Cara Tunaikan BPN Di Kaunter BSN Melalui Wakil/Waris Bagi Pihak Penerima

Jangan risau, pihak LHDN telah membuat kelonggaran untuk membolehkan wakil/waris menunaikan Nombor Siri BPN di Bank Simpanan Nasional.

Maklumat Pembayaran Yang Dipaparkan Tiada Akaun atau Gagal Kredit

Ada sesetengah penerima Bantuan Sara hidup (BSH) 2020 yang sebelum ini tidak mempunyai Akaun Bank. Oleh itu, jika anda penerima BSH, maka automatik anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Walaubagaimanapun, penunaian tetap sama seperti BSH cuma untuk BPN ini anda perlu tunggu Nombor Siri Baucar dipaparkan di laman web BPN sebelum hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tunaikan BPN tersebut.

Bagaimana nak tuntut BPN jika status dipaparkan Tiada Akaun atau Gagal Kredit?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan Tiada Akaun atau status adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri Baucar yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020.

Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Cara Tunaikan BPN Di Kaunter BSN Melalui Wakil Atau Waris Bagi Pihak Penerima

Adakah wakil / waris dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima yang tiada akaun / gagal kredit / meninggal dunia / uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian di BSN dan siapakah yang dibenarkan untuk menjadil wakil / waris berkenaan?

Ya. Wakil / waris dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima di Kaunter BSN. Wakil / waris yang dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional adalah wakil / waris yang telah didaftarkan semasa permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan mestilah terdiri daripada hubungan berikut:

  1. Ibu / Bapa
  2. Pasangan
  3. Anak
  4. Adik-Beradik
  5. Cucu
Baca Juga  Permohonan Bantuan Khas COVID-19 B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia

Bagi pembayaran Bantuan Prihatin Nasional secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.

Cara Menerima Bantuan Secara Tunai Bagi Penerima Yang Meninggal Dunia

Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia, wakil / waris yang berdaftar (rujuk dokumen diperlukan dibawah ini) boleh hadir ke BSN untuk penunaian

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Prihatin Nasional?

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil / waris yang berdaftar bagi pe mbayaran BPN secara tunai adalah seperti berikut:

  1. Sijil Kematian (asal atau salinan) penerima; atau
  2. Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima; dan
  3. Kad pengenalan (asal) wakil; dan
  4. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil / waris.

Dokumen sokongan yang mana berkaitan:

  1. Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di Penjara atau Pusat Serenti); atau
  2. Surat Pengesahan Majikan sebagai bukti penerima berada di luar negara kerana menjalankan tugas; atau
  3. Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
  4. Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Pengusaha Rumah Jagaan; atau
  5. Surat kebenaran / pengesahan daripada hospital / klinik / Ketua Kampung / Ketua Kawasan dan ke atas bagi penerima yang uzur (tidak berdaya untuk bergerak); atau
  6. Kad OKU asal.

Bermula pada 17 April 2020 juga, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah membuka cawangan BSN terpilih seluruh negara untuk pembayaran tunai BPN.

Untuk melihat cawangan BSN terpilih di kawasan anda, terus ke laman web https://www.mybsn.com.my

Semoga dengan perkongsian Cara Tunaikan BPN Di Kaunter BSN Melalui Wakil/Waris Bagi Pihak Penerima ini membantu anda mengambil duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di kaunter BSN nanti. Hebahkan kepada rakan-rakan, keluarga dan orang lain yang mengalami permasalahan yang sama agar memudahkan mereka.

Baca Juga  Borang Permohonan Rayuan BPN Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?