Cara Tuntut Skim Khairat Kematian(SKK) Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
Cara Tuntut Skim Khairat Kematian(SKK) Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Adakah anda penerima BSH 2020 dan belum mengetahui tentang Skim Khairat Kematian yang melindungi dan membantu penerima Bantuan Sara Hidup yang meninggal dunia.

Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini tidak mempunyai bantuan Skim Khairat Kematian(SKK), hanya penerima BSH 2020 yang layak menerima bantuan kewangan ini. Skim khairat kematian ini bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 sahaja.
Berapa Jumlah Tuntutan Khairat Kematian (SKK)?
Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020 merupakan inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban kewangan untuk menampung perbelanjaan pengebumian yang berjumlah RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Walaubagaimanapun, hanya kematian dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020 yang layak menuntut SKK ini. Pewaris si mati boleh menuntut RM1,000 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN), Kad Pengenalan Asal Waris dan Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris.
Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020
- Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
- Tempoh meninggal dunia – 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020
- Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)
Skim Khairat Kematian layak bagi Kategori Isi Rumah seperti berikut:
- Kahwin
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / mempunyai anak.
- Bujang berumur 60 tahun dan ke atas
Kelayakan SKK adalah seperti berikut:

1. Penerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 (Tarikh Kematian: 1/1/2020 – 31/1/2020)
- Pemohon Layak
- Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja) Tidak Layak
2. Penerima pembayaran Fasa Pertama dan Tidak Lulus BSH 2020 (Tarikh Kematian: 1/1/2020 – 31/1/2020)
- Pemohon Tidak Layak
- Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja) Tidak Layak
3. Penerima pembayaran Fasa Pertama dan Lulus Fasa seterusnya BSH 2020 (Tarikh Kematian: 1/1/2020 – 31/1/2020)
- Pemohon Layak
- Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja) Layak
4. Permohonan baharu yang Lulus BSH 2020 (Tarikh Kematian: 1/1/2020 – 31/1/2020)
- Pemohon Layak
- Pasangan (Warganegara Malaysia sahaja) Layak
Hubungan waris yang layak:
- Pasangan
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK:
- Anda(waris) boleh membawa dokumen-dokumen berikut untuk dikemukakan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menuntut RM1,000 jika anda layak menerima SKK seperti dinyatakan diatas.
- Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN)
- Kad Pengenalan Asal Waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris
PERINGATAN
Berhati-hati dengan Penyamaran!
- LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
- MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Sila klik bagi senarai berkenaan. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai BSH menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi seperti yang tular pada Facebook atau media sosial.
- LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: Sila klik bagi senarai berkenaan.
- LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
Semoga perkongsian Cara Tuntut Skim Khairat Kematian(SKK) Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 di BSN ini membantu anda memahami dan menyediakan dokumen untuk tuntutan skim khairat kematian nanti.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)