Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Balik Ke Kediaman

Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Balik Ke Kediaman. Adakah anda tersangkut atau terkandas di Bandar, Kampung atau di sesuatu tempat semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini berlangsung? Pergerakan merentas negeri atau daerah adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dan kelulusan PDRM.

Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Balik Ke Kediaman

Dalam sidang media harian PKP oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini, beliau telah menyatakan pihak kerajaan mendengar keluhan rakyat yang tersangkut di sesuatu lokasi sebelum PKP dan ingin pulang ke kediaman mereka. Oleh sebab itu, pihak kerajaan sedang mengkaji langkah yang paling cekap untuk memenuhi keperluan ini

Bermula 25 April 2020, rakyat yang ingin pulang ke kediaman masing-masing daripada luar negeri boleh lakukan permohonan untuk bergerak merentasi negeri. Permohonan boleh dilakukan melalui APP Gerak Malaysia yang akan dibuka 25 April 2020.

Apa Itu App Gerak Malaysia?

Aplikasi pengesan kenalan Gerak Malaysia, kini telah sedia dimuat turun. Aplikasi yang digunakan untuk mengesan kenalan dan mereka yang pernah berhubung rapat dengan pesakit COVID-19 ini, kini terdapat di Apple Appstore dan Google Playstore.

Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Balik Ke Kediaman

Gerak Malaysia adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia. Kami dimaklumkan, ia dibangunkan menggunakan model yang sama seperti di Korea Selatan dan China.

Aplikasi ini menggunakan GPS untuk mengesan lokasi semasa pengguna. Selain itu, Bluetooth diaktifkan untuk pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja.

Permohonan Pulang Ke Kediaman Selain Guna App Gerak Malaysia

Rakyat yang tidak mempunyai  APP tersebut boleh lakukan permohonan di balai polis tapi kaedahnya belum diumumkan lagi kerana terdahulu, apabila kerajaan mengarahkan rakyat mengisi borang khas, balai polis jadi sesak dengan orang ramai yang ingin mendapatkan borang tersebut.

Permohonan Pulang Ke Kediaman Selain Guna App Gerak Malaysia
Foto – BERNAMA

Walau bagaimanapun, pihaknya masih belum mengeluarkan sebarang kebenaran untuk perjalanan sedimikian tetapi cumalah pungutan suara bagi merangka pelan untuk merealisasikan hasrat rakyat ini.

Baca Juga  BPN Tidak Lulus? Ini 12 Alasan Kenapa Permohonan BPN Status Tidak Lulus

Menurut beliau, paling awal pun kebenaran akan dikeluarkan adalah pada 1 Mei 2020 dan ia memberikan teaser yang PKP akan masuk ke fasa 4 untuk gantikan fasa 3 yang dijadualkan tamat pada 28 April 2020.

Kini, PKP dilanjutkan lagi ke fasa ke 4 yang dijadualkan tamat pada 12 Mei 2020. Adalah diingatkan, bahawa hanya mereka yang terkandas di sesuatu lokasi dibenarkan atau yang akan diluluskan, ianya bukan kelonggaran yang diberikan untuk anda mengambil peluang untuk balik ke kampung untuk bercuti.

Semoga dengan sedikit kelonggaran yang diberikan Kerajaan ini dimanfaatkan sebaiknya demi keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia sendiri. Anda boleh Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Balik Ke Kediaman untuk membuat permohonan secara atas talian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?