Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Adakah anda mahu memohon balik ke tempat kediaman atau tempat lain dari kampung? Sekarang, PDRM telah melancarkan aplikasi Gerak Malaysia 2.0 untuk mengemukakan permohonan pergerakan sebagai alternatif atas talian bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia.

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia sehingga kini sudah mencapai 500,000 permohonan dan dijangkakan pergerakan akan bermula pada 7 Mei 2020 nanti.

Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia 2.0

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih “Gerak Malaysia” hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja iaitu:

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  1. Orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing, dan
  2. Bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja sahaja.

Aplikasi dalam talian yang dinamakan “Gerak Malaysia” telah dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bermula 25 April lalu.

Orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi terkini “Gerak Malaysia” versi 2.0 di Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.

Download Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Manakala bagi orang ramai yang tiada kemudahan telefon pintar pula, anda dikehendaki untuk:

  • Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM,
  • Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,
  • Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
  • Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan.

Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:

  1. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),
  2. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),
  3. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan
  4. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).
Baca Juga  Senarai Cawangan BSN Yang Dibuka Bagi Pembayaran BPN Hujung Minggu

Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.

Borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” boleh dimuat turun menerusi imej di bawah.

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Untuk info lanjut, anda boleh melayari laman Facebook PDRM – https://web.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/ dan channel Telegram MKN – https://web.telegram.org/#/im?p=@MKNRasmi

Semoga dengan perkongsian Muat Turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membantu anda yang tiada kemudahan telefon pintar untuk memuat turun atau memberikan kepada sahabat, keluarga dan orang lain untuk diisikan dan dihantar ke Balai Polis berhampiran anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?