Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020

Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020. Adakah anda sedang mencari SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin sebentar tadi? Beberapa sektor ekonomi akan dibuka bermula 4 Mei 2020 ini.

Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020

Atas nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat.

Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Kategori Industri Dan Perniagaan Yang Tidak Diizinkan Untuk Beroperasi

Beberapa kategori industry dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi. Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal. Antaranya adalah

  1. Panggung wayang
  2. Pusat karaoke
  3. Pusat refleksologi
  4. Pusat hiburan
  5. Kelab malam
  6. Taman tema
  7. Bazar ramadan
  8. Bazar aidilfitri
  9. Karnival jualan
  10. Semua bentuk persidangan dan pameran

Selain perniagaan, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Ini termasuk sukan :

  1. Bola sepak
  2. Ragbi
  3. Renang
  4. Semua acara sukan indoor dan stadium

Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Jadi, saudara- saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri

  1. Rumah terbuka
  2. Majlis berbuka puasa
  3. Beramai-ramai
  4. Konsert
  5. Persembahan kebudayaan
  6. Perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta
  7. Semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan
Baca Juga  Cara Permohonan Pengeluaran Akaun Pelaburan MyASNB Secara Online

Aktiviti kegamaan seperti:

  1. Perarakan keagamaan
  2. Solat jumaat
  3. Semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah – rumah ibadat juga tidak dibenarkan

Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan aidilfitri tidak dibenarkan.

Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka. Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web majlis keselamatan negara. Senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes-kes jangkitan covid-19.

Selain daripada senarai yang tidak dibenarkan, semua sektor perniagaan dan industri, sektor awam dan sektor sosial adalah dibenarkan untuk beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan semasa serta sop yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020
Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020
Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020

Muat Turun (Download) SOP Pembukaan Semula Ekonomi

Dibawah ini adalah senarai SOP Pembukaan Semula Ekonomi mengikut kategori, muat turun SOP ini untuk panduan anda.

  1. Pengenalan dan Objektif SOP Pembukaan Semula Ekonomi
  2. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sukan Dan Rekriasi
  3. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pengangkutan
  4. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Makanan
  5. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Perkhidmatan Ikhtisas dan Profesional
  6. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pembuatan
  7. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Sosial
  8. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Minyak Dan Gas
  9. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Peruncitan
  10. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pajak Gadai dan Koperasi Kredit
  11. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Perladangan – Agrokomoditi
  12. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Kewangan
  13. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Industri Pertahanan
  14. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pembekalan Elektrik
  15. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pendidikan
  16. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pertanian
  17. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Komunikasi
  18. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Kebudayaan dan Kesenian
  19. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Alam Sekitar
  20. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Pembinaan
  21. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Perkhidmatan Berkaitan Guaman
  22. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Kebersihan, Keselamatan, Kewangan, Pembinaan dan Pengurusan Strata (KPKT)
  23. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Kesihatan
  24. SOP Pembukaan Semula Ekonomi Sektor Industri Kawalan Keselamatan Swasta
Baca Juga  Jumlah Kelayakan Pengeluaran Akaun 1 i-Sinar KWSP

Kesemua SOP Pembukaan Semula Ekonomi ini boleh dimuat turun melalui Channel Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibawah.

Join Telegram MKN – https://t.me/MKNRasmi

Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020

Semoga dengan perkongsian Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020 ini membantu anda download SOP mengikut sektor perniagaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?