Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Untuk Keluarga B40

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Untuk Keluarga B40. Adakah anda warga Negeri Selangor? Selain daripada Bantuan Khas Covdi-19 yang berjumlah RM1,000 bagi mereka yang dijangkiti virus COVID-19, Lembaga Zakat Selangor pula membuka permohonan Bantuan Khas Covid-19 untuk keluarga B40 di Selangor.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Untuk Keluarga B40

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Syarat-syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
  4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
  5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  6. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  7. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor

  1. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  2. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga.
  3. Peniaga / Penjaja Kecil atau pekerja B40 yang terputus pendapatan.
Baca Juga  Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Online

Cara Memohon Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor Untuk Golongan B40

  • Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)

** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

Maklumat dan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional)
  3. Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  4. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
  5. Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.

Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima

  • One Off – RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga
  • Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.

Semakan Status Permohonan

Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini : Portal Bantuan Khas Covid-19.

Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakatONLINE

Mohon Bantuan Khas Covid-19 Zakat SelangorKlik Sini

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Untuk Keluarga B40 membantu anda membuat permohonan online Bantuan Khas B40 Lembaga Zakat Selangor. Sebarkan kepada rakan,keluarga dan orang lain.

Baca Juga  Bantuan Prihatin Nasional: Semakan Status Permohonan Baru BPN Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?