Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor Di IPTA

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor Di IPTA. Adakah anda anak kelahiran Negeri Johor? Sukacita dimaklumkan bahawa melalui inisiatif Ihsan Johor, Kerajaan Johor akan memberikan Bantuan Khas COVID-19 untuk pelajar Anak Johor yang terkandas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus pandemic COVID-19 yang sedang melanda Negara kita, Malaysia.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor Di IPTA

Melalui data yang dilaporkan, di negeri Johor sahaja telah mencatatkan 558 orang kes positif COVID-19 sehingga hari ini, 12 April 2020. Bagi mengelakkan kes jangkitan virus ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan PKP dimana kita tidak dibenarkan keluar daripada rumah termasuk pelajar yang tidak dibenarkan meninggalkan IPTA.

Jumlah Bantuan Khas COVID-19 Untuk Anak Johor Di IPTA

Pelajar di kampus IPTA ketika ini, akan diberikan bantuan khas berbentuk wang dengan jumlah berbeza Sabah & Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor Di IPTA
  • Pelajar IPTA di Semenanjung : RM200
  • Pelajar IPTA di Sabah & Sarawak:  RM300

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah diberikan mandat bagi mendapatkan maklumat pelajar yang terkandas di kampus berikutan PKP ini. Kini, PKP telah pun memasuki Tahap ke -3, yang mana  dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Syarat Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor di IPTA

Berikut adalah syarat-syarat permohonan bantuan khas covid-19 untuk anak Johor di IPTA seluruh Malaysia:

  1. Mahasiswa/i anak Johor yang lahir dan menetap di Johor, atau
  2. Mahasiswa/i bukan anak Johor tetapi menetap di Johor.
  3. Mahasiswa/i anak Johor (bil. 1 & 2) yang terkandas menuntut secara aktif di universiti selama tempoh PKP dilaksanakan.

Oleh itu, semua pelajar diminta untuk mengisi borang secara online sebagaimana hebahan oleh MakmurJohor : http://b.link/bantuanmahasiswajohorcovid19

Baca Juga  Tarikh Bayaran BPN Fasa 2 Ke Akaun Penerima Mulai 4 Mei 2020

Hampir 3,000 penuntut anak Johor dijangka akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang akan disalurkan ke akaun Persatuan Mahasiswa Anak Johor atau Hal Ehwal Pelajar IPT

TARIKH TUTUP PEMOHONAN:

9 April 2020 (atau tertakluk kepada sebarang pindaan)

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

  • Encik Hamdi: 012-724 0060
  • Encik Muhammad Sollehin: 012-765 9610

(8pagi – 5 petang/ Ahad – Khamis)

ATAU Email:

pembangunanmahasiswa@ypj.gov.my

Semoga dengan Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Untuk Pelajar Anak Johor Di IPTA anda berjaya. Bagi yang terlepas tarikh tutup permohonan, diharapkan akan ada pindaan baru untuk memberi peluang kepada pelajar terbabit mengemukakan permohonan baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?