Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PA/PPR DBKL Secara Online

Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PA/PPR DBKL Secara Online. Adakah anda penghuni Perumahan Awam, Program Perumahan Rakyat, Kompleks Belia/Beliawanis, Rumah Panjang/Cluster dan Perumahan Bandar DBKL? Jika ya, anda adalah penghuni yang akan diberikan bantuan atau sumbangan wang tunai sebanyak RM100 oleh pihak DBKL.

Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PAPPR DBKL Secara Online

Sumbangan ini adalah inisiatif Wilayah Cakna kepada penghuni Perumahan Awam dan Program Perumahan Rakyat DBKL yang mana sumbangan ini berupa wang tunai sebanyak RM100 untuk setiap keluarga (ketua isi rumah).

Syarat Kelayakan Sumbangan Wang Tunai RM100

Penerima yang layak menerima sumbangan ini perlulah memenuhi syarat seperti berikut:

  1. Penyewa yang berdaftar. *Tidak termasuk penyewa di PA Seri Johor 4AB dan C kerana akan terima dalam bentuk TUNAI.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Tidak termasuk rumah jual

Jika anda layak, maka anda boleh lah menghantar permohonan sumbangan ini dengan mengisi borang permohonan online seperti yang diterangkan dibawah ini.

Cara Permohonan Sumbangan Wang Tunai RM100 Kepada PA/PPR DBKL

Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PAPPR DBKL Secara Online

1. Layari laman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my dan membuat carian menggunakan no kad pengenalan

2. Setiap penghuni wajib mengunci masuk maklumat yang tepat dan sah seperti berikut:

  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor akaun bank
  • Nama bank
  • Nombor telefon
  • Email

3. Penghuni PA/PPR boleh mengunci masuk maklumat seperti di para 2 bermula pada  4 april 2020 hingga 15 mei 2020.

4. Penghuni boleh menyemak status penyaluran sumbang ke akaun masing selepas 3 – 7 hari berkerja dari tarikh pengemaskinian.

5. Anda boleh mendapatkan sumbangan ini selepas mengunci masuk maklumat seperti di para 2 bermula 6 April 2020 sehingga 15 Mei 2020.

Nota: Kesilapan memberi maklumat atau maklumat yang tidak sah akan menyebabkan penyaluran sumbangan lewat atau tidak berjaya.

Baca Juga  Muat Turun SOP Pembukaan Semula Ekonomi Yang Akan Bermula 4 Mei 2020

Cara Semakan Permohonan Sumbangan Wang Tunai RM100 Kepada PA/PPR DBKL

Untuk melakukan semakan permohonan sumbangan wang tunai DBKL ini, anda perlu:

Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PAPPR DBKL Secara Online
  1. Layari laman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my dan membuat carian menggunakan no kad pengenalan
  2. Status permohonan akan dipaparkan.

Cara Pembayaran dan Penyaluran Sumbangan wang tunai bernilai rm100 bagi setiap unit rumah melalui akaun bank masing-masing (melalui kaedah autopay) SECARA BERPERINGKAT.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh membaca FAQ yang diterangkan didalam laman web eperumahan dbkl gov my. Atau sebarang pertanyaan/aduan : sila hubungi jpkkbcovid19@gmail.com

Semoga dengan perkongsian Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Bagi Penghuni PA/PPR DBKL Secara Online ini membantu anda memohon bantuan/sumbangan RM100 ini bagi meringankan beban perbelanjaan membeli keperluan ketika PKP ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?