Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online. Adakah anda baru saja memohon untuk pendaftaran i-Akaun KWSP untuk pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 ahli? Pendaftaran secara online melalui email memerlukan pengesahan dan pihak KWSP menyatakan bahawa mereka akan menelefon anda untuk membuat semakan dan pengesahan berkenaan pendaftaran i-Akaun.

Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Situasi :

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pengeluaran

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Kelayakan Pengeluaran

Siapa yang layak memohon i-Lestari?

Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :

  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Baca Juga  Tarikh Tutup Permohonan Pakej Bantuan B40 Anak Sabah Bekerja Di Semenanjung

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tarikh Penerimaan Bayaran

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

1. Layari laman web – https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Masukkan No MyKad, No Telefon Bimbit dan klik SEMAK

3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan

Bagaimana paparan keputusan permohonan dipaparkan?

Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online
Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online

[ Baca ] – Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Semoga dengan perkongsian Semakan Keputusan Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online ini membantu anda membuat semakan status permohonan pengeluaran i-lestari kwsp anda nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?