Semakan Keputusan SPM 2022 Online
Semakan Keputusan SPM 2022 Online. Adakah anda calon Sijil Peperiksan Malaysia (SPM) tahun 2022? Kami pasti anda dalam keadaan berdebar-debar menanti keputusan SPM tersebut kan? Setelah berhempas pulas dalam peperiksaan SPM, kini tiba masa anda mengetahui bilakah tarikh semakan keputusan SPM 2022 dikeluarkan.

Sungguhpun telah diwujudkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tetapi aplikasi ini hanya boleh menyemak Ujian 1, Ujian 2, Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun, dan Percubaan SPM, PT3 dan UPSR. Untuk peperiksaan umum, ibu bapa dan pelajar perlu menyemak keputusan melalui beberapa cara.
Tarikh Keputusan SPM 2022 Diumumkan
Untuk makluman anda, tarikh keputusan SPM 2022 diumumkan belum dipastikan lagi. Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Namun, yang pastinya adalah keputusan SPM 2022 akan keluar pada bulan Jun 2022.
Tarikh Keputusan SPM 2022 : 16 Jun 2022
Cara Semakan Keputusan SPM 2022
Untuk anda lakukan semakan keputusan SPM, terdapat 3 cara yang lazimnya dibuat iaitu:
1. Semakan Melalui Online
Semakan melalui online boleh dibuat dengan menggunakan laman web http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Masukkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran, kemudian klik button SEMAK!
Keputusan SPM 2022 akan dipaparkan. All the best!
2. Semakan Terus Melalui Sekolah
Jika anda tidak dapat menyemak secara online, atau lokasi anda tiada jaringan internet yang kuat, anda boleh hadir ke sekolah pada tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan dan pastikan anda berpakaian kemas ketika mengambil keputusan. Hadir ke sekolah pada jam 10 pagi 05 Mac 2020.
3. Semakan Melalui Aplikasi MySMS
Jika anda mempunyai kekangan masalah dari segi jaringan internet yang tidak stabil dan tiada kenderaan ke sekolah, anda boleh menyemak keputusan SPM dengan mudah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Taip: SPM<jarak>No KP>jarak>Angka Giliran dan SMS ke 15888
Kami mengucapkan semoga mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Permohonan memasuki IPTA/IPTS telah pun dibuka sejak minggu lalu dan pembelian pin UPU telah bermula. Anda boleh membeli no pin UPU melalui ATM atau Internet Banking MyBSN yang berharga RM15.90 sahaja.
Nota Penting! : Semakan keputusan ini boleh dibuat bermula 10 pagi pada 16 Jun 2022.
Semoga artikel Semakan Keputusan SPM 2022 Online ini membantu para pelajar dan ibu bapa menyemak keputusan atau mendapatkan keputusan SPM 2022 nanti.
Semoga cemerlang!
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)