Semakan Keputusan SPM 2019 Online

Semakan Keputusan SPM 2019 Online. Adakah anda calon Sijil Peperiksan Malaysia (SPM) tahun 2019? Kami pasti anda dalam keadaan berdebar-debar menanti keputusan SPM tersebut kan? Setelah berhempas pulas dalam peperiksaan SPM, kini tiba masa anda mengetahui bilakah tarikh semakan keputusan SPM 2019 dikeluarkan.

Semakan Keputusan SPM 2019 Online

Sungguhpun telah diwujudkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tetapi aplikasi ini hanya boleh menyemak Ujian 1, Ujian 2, Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun, dan Percubaan SPM, PT3 dan UPSR. Untuk peperiksaan umum, ibu bapa dan pelajar perlu menyemak keputusan melalui beberapa cara.

Tarikh Keputusan SPM 2019 Diumumkan

Untuk makluman anda, tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan belum dipastikan lagi. Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Namun, yang pastinya adalah keputusan SPM 2019 akan keluar pada bulan Mac 2020.

Tarikh Keputusan SPM 2019 : 05 Mac 2020

Cara Semakan Keputusan SPM 2019

Untuk anda lakukan semakan keputusan SPM, terdapat 3 cara yang lazimnya dibuat iaitu:

1. Semakan Melalui Online

Semakan melalui online boleh dibuat dengan menggunakan laman web http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Semakan Keputusan SPM 2019 Online

Masukkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran, kemudian klik button SEMAK!

Keputusan SPM 2019 akan dipaparkan. All the best!

2. Semakan Terus Melalui Sekolah

Jika anda tidak dapat menyemak secara online, atau lokasi anda tiada jaringan internet yang kuat, anda boleh hadir ke sekolah pada tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan dan pastikan anda berpakaian kemas ketika mengambil keputusan. Hadir ke sekolah pada jam 10 pagi 05 Mac 2020.

3. Semakan Melalui Aplikasi MySMS

Jika anda mempunyai kekangan masalah dari segi jaringan internet yang tidak stabil dan tiada kenderaan ke sekolah, anda boleh menyemak keputusan SPM dengan mudah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Baca Juga  Cara Tuntut Skim Khairat Kematian(SKK) Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Taip: SPM<jarak>No KP>jarak>Angka Giliran dan SMS ke 15888

Kami mengucapkan semoga mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Permohonan memasuki IPTA/IPTS telah pun dibuka sejak minggu lalu dan pembelian pin UPU telah bermula. Anda boleh membeli no pin UPU melalui ATM atau Internet Banking MyBSN yang berharga RM15.90 sahaja.

Nota Penting! : Semakan keputusan ini boleh dibuat bermula 10 pagi pada 05 Mac 2020.

Semoga artikel Semakan Keputusan SPM 2019 Online ini membantu para pelajar dan ibu bapa menyemak keputusan atau mendapatkan keputusan SPM 2019 nanti.

Semoga cemerlang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?