Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2020 (Terkini) – Tiada TPM

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2020 (Terkini). Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan jemaah menteri bagi kerajaan Perikatan Nasional, yang menubuhkan kerajaan baru susulan keruntuhan kerajaan PH awal bulan ini.

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2020 (Terkini) - Tiada TPM

Muhyiddin menyifatkannya sebagai “kabinet yang berfungsi”, yang akan berkhidmat secara lebih fokus dan berkesan.

“Untuk itu, saya akan melantik empat orang menteri kanan yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

“Pelantikan menteri-menteri kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

“Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers,” katanya lagi.

Dengan pelantikan menteri-menteri kanan ini, Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk seorang timbalan perdana menteri pada masa ini.

“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara,” katanya yang juga presiden Bersatu.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, selepas kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu.

Beliau menerima sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, selepas kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu.

Beliau menerima sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Berikut senarai penuh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, seperti diumumkan sebentar tadi:

  • Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Mohamed Azmin Ali (Bersatu)
  • Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator) (MCA)
  • Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
  • Ismail Sabri Yaakob (Umno)
  • Timbalan Menteri: Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)
  • Menteri Kewangan
  • Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
  • Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakri (Umno)
  • Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah (Umno)
  • Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
  • Fadillah Yusof (GPS)
  • Timbalan Menteri: Dr Shahruddin Md Salleh (Bersatu)
  • Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
  • Dr Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu)
  • Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator) (MCA)
  • Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya (Bersatu)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
  • Mustapa Mohamed (Bersatu)
  • Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup (PBRS)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
  • Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu)
  • Timbalan Menteri: Mastura Yazid (Umno)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
  • Takiyuddin Hassan (PAS)
  • Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith (Bersatu)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • Zulkifli Mohamad (akan dilantik sebagai senator)
  • Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
  • Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)
  • Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib (GPS)
  • Menteri Pengangkutan
  • Wee Ka Siong (MCA)
  • Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah (GPS)
  • Menteri Alam Sekitar
  • Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
  • Timbalan Menteri: Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator) (Umno)
  • Menteri Sumber Manusia
  • Saravanan Murugan (MIC)
  • Timbalan Menteri: Awang Hashim (PAS)
  • Menteri Wilayah Persekutuan
  • Annuar Musa (Umno)
  • Timbalan Menteri: Dr Santhara Kumar (Bersatu)
  • Menteri Wanita dan Keluarga
  • Rina Mohd Harun (Bersatu)
  • Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
  • Menteri Pengajian Tinggi
  • Dr Noraini Ahmad (Umno)
  • Timbalan Menteri: Dr Mansor Othman (Bersatu)
  • Menteri Tenaga dan Sumber Asli
  • Dr Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
  • Timbalan Menteri: Ali Biju (Bersatu)
  • Menteri Dalam Negeri
  • Hamzah Zainuddin (Bersatu)
  • Timbalan Menteri I: Dr Ismail Mohamed Said (Umno)
  • Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin (Bersatu)
  • Menteri Kesihatan
  • Dr Adham Baba (Umno)
  • Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu)
  • Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang (GPS)
  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan
  • Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
  • Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah (Umno)
  • Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar
  • Dr Abd Latiff Ahmad (Bersatu)
  • Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad (Umno)
  • Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong (GPS)
  • Menteri Luar Negeri
  • Hishammuddin Hussein (Umno)
  • Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar (Bersatu)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Alexander Nanta Linggi (GPS)
  • Timbalan Menteri: Rosol Wahid (Bersatu)
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Saifuddin Abdullah (Bersatu)
  • Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin (Umno)
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
  • Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib (Umno)
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Khairy Jamaluddin (Umno)
  • Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim (PAS)
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
  • Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
  • Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS)
  • Timbalan Menteri I: Dr Wee Jeck Seng (MCA)
  • Timbalan Menteri II: Willie Mongin (Bersatu)
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
  • Nancy Shukri (GPS)
  • Timbalan Menteri: Dr Jeffrey G Kitingan (Star)
  • Menteri Perpaduan Negara
  • Halimah Mohamed Sadique (Umno)
  • Timbalan Menteri: Tiong King Sing (GPS)
  • Menteri Belia dan Sukan
  • Reezal Merican Naina Merican (Umno)
  • Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator) (Bersatu)
Baca Juga  Jumlah Kelayakan Pengeluaran Akaun 1 i-Sinar KWSP

Nota: Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri. Menteri-menteri kanan akan membantu perdana menteri menjalankan tugas, termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ketik ketiadaannya dalam negara.

Semoga dengan perkongsian Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2020 (Terkini) – Tiada TPM ini membantu anda semua mengetahui barisan Kabinet Malaysia 2020 yang baru dibawah pimpinan Perdana Menteri Ke-8, Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?