Tarikh Bayaran BPN Fasa 2 Ke Akaun Penerima Mulai 4 Mei 2020

Tarikh Bayaran BPN Fasa 2 Ke Akaun Penerima Mulai 4 Mei 2020. Bilakah tarikh bayaran BPN Fasa 2 ke akaun penerima Bantuan Prihatin Nasional? Jika anda adalah penerima BPN Fasa 1 dan terdiri daripada golongan B40 dan M40, tarikh pembayaran BPN bagi fasa 2 adalah bermula pada 4 Mei 2020 secara berperingkat.

Tarikh Bayaran BPN Fasa 2 Ke Akaun Penerima Mulai 4 Mei 2020

Bagi permohonan yang gagal dan tidak diluluskan, anda masih boleh mengemukakan permohonan rayuan BPN menerusi laman web bpn hasil gov my. Bagi permohonan baru, keputusan semakan dan pembayaran BPN ke akaun bank penerima akan dilakukan sekaligus pada bulan Mei nanti.

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
  4. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

1. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
  3. Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2. Bujang

  1. Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
  4. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Baca Juga  Tarikh Tutup Permohonan Pakej Bantuan B40 Anak Sabah Bekerja Di Semenanjung

Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei 2020

Menurut Menteri Kewangan, sehingga 26 April 2020 seramai 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan telah diterima melibatkan sebanyak 2.96 juta dan 305,000. Proses permohonan baru dan rayuan BPN akan ditutup pada 30 April 2020.

Tarikh Bayaran: Mulai 4 Mei 2020 (Fasa Kedua)

Tarikh dan Jumlah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Akan Diterima Fasa Kedua

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

Tarikh Bayaran BPN Fasa 2 Ke Akaun Penerima Mulai 4 Mei 2020

Cara Bayaran Kepada Penerima BPN Tiada Akaun Bank dan Gagal Kredit

Untuk pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, dan lulus berdasarkan rekod permohonan BSH 2018, anda masih menuntut bantuan ini dengan secara tunai di kaunter BSN terpilih.

Bagaimana cara bayaran tunai di kaunter BSN?

Sekiranya paparan di Portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan Tiada Akaun atau status adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020.

Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran BPN Fasa 2 Ke Akaun Penerima Mulai 4 Mei 2020 ini membantu anda mengetahui bila tarikh bayaran bantuan prihatin nasional BPN ke pada penerima BPN. Pengkreditan ke akaun bank akan dilakukan secara berperingkat dan bukan sekaligus pada 4 Mei 2020. Elakkan bersesak-sesak di ATM bank! Semak baki akaun terlebih dahulu lebih baik daripada beratur panjang di atm bank.

Baca Juga  Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?