Tempoh Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020
Tempoh Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020. Adakah permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) anda untuk Fasa 1 dan Fasa 2 tidak lulus? Sebelum ini, tempoh permohonan baru dan rayuan BPN adalah sehingga 30 April 2020.

Sebentar tadi, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Haji Yassin menerusi pengumunan khas COVID-19. Berikutan rungutan dan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 4 minggu lagi iaitu tamat pada 09 Jun 2020.

“YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020“
Permohonan baru dan rayuan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020. Jika permohonan anda sebelum ini tidak diluluskan, anda berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan permohonan baru atau rayuan BPN untuk disemak kelulusan pihak LHDNM.
Semakan Kelulusan Permohonan Baru dan Rayuan BPN
Anda sedia maklum bahawa sebelum ini, semakan kelulusan permohonan baru dan rayuan BPN boleh dilakukan pada 9 Mei 2020 manakala untuk duit masuk ke akaun penerima akan dilakukan bermula 15 Mei 2020.
Status kelulusan permohonan baharu dan rayuan BPN akan dipaparkan di Portal BPN, mulai 9 Mei 2020.
Untuk permohonan baru dan rayuan yang diluluskan, jumlah bayaran BPN adalah sekaligus ke akaun penerima.
Pembayaran sekali gus akan dibuat seperti berikut:
- Kaedah pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima akan diproses secara berperingkat mulai 15 Mei 2020.
- Sekiranya paparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri baucer BPN yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN, .
Semoga dengan pelanjutan Tempoh Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020 ini memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia yang permohonan sebelum ini tidak diluluskan membuat permohonan rayuan BPN semula.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)