Semakan Jadual PAC Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Semakan Jadual PAC Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Adakah anda calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan lulus peperiksaan ini? Kami ucapkan Tahniah! Peringkat kedua iaitu Profession Assessment Centre (PAC) akan anda jalani tidak lama lagi.

Bagi anda yang gagal peperiksaan online PTD M41, boleh mencuba tahun hadapan. Bagi yang lulus peperiksaan, anda akan menduduki PAC di mana-mana Pusat Tadbiran Awam Negara (INTAN) berdekatan dengan anda.

Sekali imbas, laluan kerjaya seorang PTD M41 adalah seperti dibawah:

Lulus Tapisan SPA >>> Lulus Peperiksaan Online >>> Lulus PAC >>> Lulus Temuduga >>> Lulus DPA >>> Lantikan PTD M41 dan Penempatan

Bukan mudah nak jadi seorang PTD. Ramai graduan yang memohon jawatan ini namun kecundang di tengah jalan. Nak bersaing dengan ribuan calon seluruh Malaysia adalah cabaran yang sangat tinggi !

Bila Jadual PAC Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Kami tahu, anda dah tak sabar nak PAC kan? Hehe..PAC ni seronok kan, boleh berjumpa kawan-kawan untuk buktikan kemampuan masing-masing.

Untuk penjadualan PAC PTD M41 yang terkini, anda boleh menyemak email, laman web SPA dan hebahan di Page FB SPA.

Berikut adalah jadual PAC PTD M41 bulan ini:

Semakan Jadual PAC Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41
  • Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
  • Profession Assessment Centre (PAC)
  • Tarikh Peperiksaan : 22 September 2020 – 30 September 2020

Jadual PAC ini akan dijalankan serentak seluruh negara. Dimana, terdapat 4,297 calon akan hadir di INTAN untuk menjalani beberapa ujian iaitu:

  1. Ujian Esei Bahasa Melayu (30 minit)
  2. Ujian Esei Bahasa Inggeris (30 minit)
  3. Pengucapan Awam Bahasa Melayu (50 minit)
  4. Pengucapan Awam Bahasa Inggeris (50 minit)
  5. Perbincangan Kumpulan Bahasa Melayu (30 minit)
  6. Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris (30 minit)
Baca Juga  50 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Senarai Semak Keperluan Sepanjang Program PAC PTD

Calon dikehendaki menyediakan keperluan seperti berikut:-

  1. Etika Pemakaian Sepanjang Sesi (mulai 7.15 am-1.05 pm)
  2. Pakaian pejabat (formal dan sopan)
  3. Kasut Pejabat
  4. Pelitup muka
  5. Peralatan alat tulis iaitu pen, pensel 2B dan pemadam (untuk keperluan sepanjang aktiviti)
  6. Semasa pendaftaran calon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut:-
  7. Surat panggilan cetakan emel atau cetakan di paparan Portal SPA jemputan menduduki Profession Assessment Centre (PAC)
  8. Salinan Asal Kad Pengenalan
  9. Salinan Transkrip dan Skrol Ijazah Sarjana Muda/Sarjana(Master)/Doktor Falsafah(PhD) yang telah diluluskan oleh Senat Universiti masing-masing.
  10. Salinan Sijil SPM
  11. Maklumat Semakan Pengiktirafan Kelayakan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) – calon boleh menjana maklumat tersebut melalui laman https://www2.mqa.gov.my/

Mungkin ada yang pernah menyertai PAC PTD ini, jika anda perasan pada kali ini pihak SPA telah membatalkan Ujian Kecerdasan (larian 2.4 km) memandang musim pandemic COVID-19 ketika ini dan PKPP.

Jika dulu, PAC ini dijalankan selama 2 hari. Sekarang pihak SPA hanya memerlukan masa setengah hari sahaja iaitu dari jam8.30 pagi sehingga jam1.30 petang.

Persediaan Menyertai Profession Assessment Centre (PAC) PTD M41

Menurut calon PAC sebelum ini, anda hanya bawa diri, pakai pakaian yang kemas dan sesuai, bawa dokumen seperti yang diminta diatas.

Penilaian dalam program PAC ini dibuat berdasarkan 3 perkara sahaja iaitu Penulisan Esei, Pengucapan Awam dan Perbincangan Kumpulan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pemarkahan ? hanya pihak SPA yang tahu !

Tajuk esei dan pengucapan awam mungkin akan ditentukan pihak panel SPA ataupun topik bebas. Apa yang pasti anda perlu buat sehabis baik dan tonjolkan kebolehan bekerja dalam kumpulan. Jika anda boleh buat semua ni, jangan risau anda pasti akan berjaya.

Baca Juga  50 Contoh Soalan Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Daripada 4,297 calon PAC tersebut hanya yang lulus PAC dipanggil temuduga. Manakala, daripada senarai calon temuduga, hanya 400 calon akan tembus ke Diploma Siswazah Pengurusan Awam di Pusat Tadbiran Negara (INTAN) dan dilantik sebagai seorang PTD M41 selepas tamat latihan dengan jayanya!

Sekiranya anda berjaya PAC ini, anda akan dipanggil sesi temuduga pula. Untuk tip temuduga, kami akan kongsikan dengan anda pada artikel yang akan datang.

Dapatkan Risalah PAC PTD M41

Kami ada sediakan Risalah PAC PTD M41 untuk persediaan PAC yang akan berlangsung pada 22 September hingga 30 September 2020 nanti.

Risalah ini diberikan percuma kepada pembeli eBook PTD M41 sebelum ini. Namun, jika ada calon PAC yang nak kan risalah ringkas ini. Anda perlu membuat pembelian eBook PTD M41 terlebih dahulu.

Terus dapatkan eBook PTD M41 dan Risalah ini percuma untuk anda.

[ Beli sini ] – https://go.infotambahan.com/ptd-m41/16495/order

Kelebihan membeli eBook ini adalah, FREE update selama 3 tahun ! maksudnya jika anda exam PTD M41 tahun depan, hanya login dan download eBook yang dikemaskini.

Semoga perkongsian Semakan Jadual PAC Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini membantu anda buat persediaan sebelum menghadiri program PAC PTD M41 nanti.

Kami doakan kejayaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?