322 Jawatan Kosong Juruteknik Komputer FT19
322 Jawatan Kosong Juruteknik Komputer FT19. Adakah anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu memohon jawatan kosong melalui laman portal SPA9? Terdapat banyak kekosongan jawatan yang dipaparkan di laman web SPA yang boleh dipohon sesuai dengan kelulusan SPM atau SVM.

Untuk iklan kekosongan terkini yang dipaparkan di website SPA, jawatan kosong terkini untuk pengisian jawatan tahun 2022 adalah Juruteknik Komputer Gred FT19.
Jawatan kosong ini adalah dibawah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Penempatan pegawai dalam jawatan ini adalah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Maksudnya, penempatan di seluruh negara.
Dibawah ini adalah paparan iklan kekosongan jawatan:

Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia; dan
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12) atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)
Jadual Gaji Juruteknik Komputer FT19

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Juruteknik Komputer FT19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer FT19
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SVM Dan SKM
Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: .
Maklumat Tambahan
Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
Tip Peperiksaan Juruteknik Komputer Gred FT19
Sebelum anda dipanggil temuduga, terdapat satu tapisan WAJIB yang akan dilalui iaitu Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 iaitu:
- Peperiksaan PSEE – Seksyen A : Pengetahuan Am / Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah / Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris
- Ujian Psikometrik
Selepas pengumuman tarikh dan pemberitahuan telah dibuat pihak SPA, baru la kita akan tahu format peperiksaan macam mana.
Sekiranya anda ingin mendapatkan Ebook Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19, terus klik button Whatsapp dibawah artikel ini. Jangan lambat, nanti ketinggalan gaisss!
Adalah amat rugi jika anda tidak memohon 322 Jawatan Kosong Juruteknik Komputer FT19 ini. Kekosongan banyak macam ni lah sepatutnya anda rebut, jangan tunggu lama..apply sekarang ya.
- 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi Gred B29
- Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan Gred S41 2023
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerangan S29
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pengurus Asrama N29
- Contoh Soalan Psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)