ePengambilan PDRM: Cara Mohon Jawatan Kosong PDRM Secara Online

ePengambilan PDRM: Cara Mohon Jawatan Kosong PDRM Secara Online. Setiap tahun, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan membuat pengambilan Jawatan Kosong untuk pelbagai jawatan di PDRM. Anda perlu sentiasa mengikuti page PDRM di Facebook, laman web dan hebahan melalui akhbar untuk pengiklanan permohonan jawatan ini.

ePengambilan PDRM: Cara Mohon Jawatan Kosong PDRM Secara Online

Jika anda berminat menjadi Polis Di Raja Malaysia (PDRM), anda boleh membuat permohonan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tiada lagi permohonan secara manual, kerana PDRM telah mewujudkan permohonan secara dalam talian sekarang ini melalui ePengambilan PDRM.

Jawatan PDRM Yang Di Tawarkan

Antara skim perkhidmatan dalam PDRM adalah seperti dibawah:

  • Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)
  • Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita)
  • Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)
  • Konstabel Polis YT1 (Lelaki/Wanita)
  • Konstabel Polis Orang Asli YP 1(Lelaki)

Setiap jawatan pula mempunyai syarat permohonan yang berbeza-beza. Pastikan syarat kelayakan terlebih dahulu anda penuhi sebelum membuat sebarang permohonan ePengambilan PDRM.

Syarat-Syarat Permohonan Jawatan PDRM

Terdapat 5 skim jawatan dalam PDRM, kita baca syarat kelayakan satu per satu dibawah ni ya..

Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

Klasifikasi : Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

Gred Gaji / Jawatan : YA13

Jadual Gaji : RM RM 2,502.00 – RM 9,803.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00

Syarat Lantikan :              

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Syarat-syarat permohonan:

  • Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD);

Kelayakan Akademik:

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  4. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  8. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau
  9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];
  10. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusanyang diiktiraf setaraf dengannyaoleh kerajaan.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat  19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm(lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita)

Klasifikasi : Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Gred Gaji / Jawatan : YA5

Jadual Gaji : RM 1,824.00 – RM 5,801.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 150.00

Syarat Lantikan :              

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Sarjan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Syarat-syarat lantikan:

  • Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :

  1. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang,  kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5:RM1,930.00]; dan
  2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  3. Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)

Klasifikasi: Konstabel Polis YA1 (Lelaki/Wanita)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Gred Gaji / Jawatan : YA1

Jadual Gaji YA1 : RM 1,441.00 – RM 4,152.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan :              

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Syarat-syarat permohonan:

  • Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
  2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  3. Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Konstabel Polis YT1 (Lelaki/Wanita)

Klasifikasi : Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Gred Gaji / Jawatan : YT1

Jadual Gaji : RM 1,220.00 – RM 2,748.00

Kadar Gaji Tahunan : 85.00

Syarat Lantikan:              

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Sokongan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Syarat-syarat permohonan:

  • Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :

  1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan
  2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk MATEMATIK DENGAN GRED D.

Kelayakan fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  3. Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Konstabel Polis Orang Asli YP1 (Lelaki/Wanita)

Klasifikasi : Konstabel Polis Orang Asli YP1 (Lelaki/Wanita)

Gred Gaji / Jawatan : YP1

Jadual Gaji : RM 1,334.00 – RM 3,003.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 85.00

Syarat Lantikan :              

Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Orang Asli yang dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Syarat-syarat permohonan :-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Akademik :

  1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00];
  2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m (lelaki) dan 1.52m (wanita) tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  3. Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atatu dengan menggunakan alat bantuan.
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara Permohonan PDRM Melalui e-Pengambilan Polis

Permohonan jawatan Polis PDRM hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Anda boleh mendaftar dan memohon jawatan kosong setelah iklan dikeluarkan atau login ke e-Pengambilan PDRM sekali sekala untuk melihat jika permohonan jawatan telah dibuka.

Bagi anda yang pertama kali mendaftar dan menepati syarat kelayakan, bolehlah buat permohonan mengikut langkah-langkah dibawah:

  1. Klik Portal e-Pengambilan Polis PDRM – https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
  2. Klik butang PENDAFTARAN BARU untuk permohonan baru atau log masuk sekiranya telah mendaftar.
  3. Isikan maklumat diri dengan lengkap, kelayakan akademik dan muat naik resume anda seperti yang diminta.
  4. Pemohon yang layak dan menepati syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan di mana-mana Balai Polis yang ditetapkan.

Iklan Pengambilan Polis PDRM

Untuk mengetahui iklan jawatan kosong terkini, anda layari laman web atau Portal https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ dan klik pada Iklan .

Mana-mana jawatan yang bertanda HIJAU, bermakna jawatan tersebut dibuka untuk permohonan.

Semoga perkongsian ePengambilan PDRM: Cara Mohon Jawatan Kosong PDRM Secara Online ini membantu anda buat permohonan dalam talian dengan mudah. Permohonan boleh dibuat sepanjang masa, sentiasa follow page, dan bookmark portal e-pengambilan PDRM untuk memudahkan semakan kekosongan jawatan terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?