Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41
Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Akauntan Negara bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Akauntan Gred WA41.

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.
Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41
Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.
- Jawatan: Akauntan Gred WA41
- Jab/Kementerian: Jabatan Akauntan Negara
- Kekosongan: 15
- Simpanan: 100
- Tarikh Tutup Permohonan: 19 Julai 2020 jam 11:59 malam
Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41
Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Akauntan Gred WA41 online di portal SPA8i.
SPA8i Login – http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.
Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.
Maklumat Gaji Akauntan Gred WA41
Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Akauntan Gred WA41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Akauntan Gred WA41 nanti.
- Gaji minimum RM 2,820.00
- Gaji Maksimum RM 9,585.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00
Syarat Lantikan Akauntan Gred WA41
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
- lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
- lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA) (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas Akauntan Gred WA41
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.
Semoga berjaya!
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41
- Ujian Psikometrik – Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 2022
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam KP41
- Contoh Soalan Ujian Spier Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29