Jawatan Kosong Arkitek Gred J41

Jawatan Kosong Arkitek Gred J41. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kerja Raya bagi kekosongan jawatan dan pengisian Jawatan Kosong Arkitek Gred J41.

Jawatan Kosong Arkitek Gred J41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Arkitek Gred J41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Arkitek Gred J41
  • Jab/Kementerian: Kementerian Kerja Raya
  • Kekosongan: 19
  • Simpanan: 20
  • Tarikh Tutup Permohonan: 19 Julai 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Arkitek Gred J41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Arkitek Gred J41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Arkitek Gred J41 online di portal SPA8i.

SPA8i Login –  https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam-spa8i

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.

Maklumat Gaji Arkitek Gred J41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Arkitek Gred J41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Arkitek Gred J41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,526.00
  • Gaji Maksimum RM 9,643.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Arkitek Gred J41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan              
  3. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28); atau
Baca Juga  Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan                              

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:   

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

had umur pelantikan:    

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Arkitek Gred J41

Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Arkitek Gred J41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Arkib S41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?