Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Jawatan Kosong Jurugeospatial J41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Jurugeospatial Gred J41
  • Jab/Kementerian: Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Kekosongan: 1
  • Simpanan: 10
  • Tarikh Tutup Permohonan: 15 Mac 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Loader Loading…
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [1.45 MB]

Cara Permohonan Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Jurugeospatial J41 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i. – https://examspa8i.com/portal-spa8i/

Maklumat Gaji Jurugeospatial J41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Jurugeospatial J41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Jurugeospatial J41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,529.00
  • Gaji Maksimum RM 9,643.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Jurugeospatial J41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurugeospatial Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Jurugeospatial J41

Bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Jurugeospatial J41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?