Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tahun 2020.

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  • Jab/Kementerian: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  • Kekosongan: 184
  • Simpanan: 20
  • Tarikh Tutup Permohonan: 12 Julai 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Cara Permohonan Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 secaraonline di portal SPA8i.

SPA8i Login – http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.

Maklumat Gaji Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Laskar Kelas II Maritim Gred T1 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,441.00
  • Gaji Maksimum RM 4,152.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 105.00
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

Syarat Lantikan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00); atau
  4. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
  6. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Baca Juga  Jawatan Kosong Arkitek Gred J41

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Dipanggil Peperiksaan Online Laskar Kelas II Maritim Gred T1?

Jika anda dipanggil menduduki peepriksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) untuk jawatan T1 ini, terus join telegram dibawah untuk mengetahui tip panduan serta contoh-contoh soalan peperiksaan nanti.

Ingat, laluan kerjaya anda Lulus Exam >>> Lulus Ujian Fizikal >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan

Join telegram ini : https://t.me/joinchat/AAAAAFbJYsb_0mmu5XaGMw

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Laskar Kelas II Maritim Gred T1 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?