Jawatan Kosong Leftenan Muda Maritim T13

Jawatan Kosong Leftenan Muda Maritim T13. Adakah anda berminat memasuki perkhidmatan awam? Sekiranya anda mempunyai kelulusan yang dikehendaki dan mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan pihak SPA, maka anda boleh memohon jawatan kosong Leftenan Muda Maritim Gred T13 di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Jawatan Kosong Leftenan Muda Maritim T13

Untuk pengetahuan awal, hanya calon yang layak dan berjaya dalam tapisan awal akan dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 iaitu peperiksaan seksyen A, B dan C dan juga Ujian Psikometrik.

Dipendekkan cerita, perjalanan kerjaya sebagai Leftenan Muda Maritim T13 adalah seperti dibawah:

Lulus Tapisan SPA >>> Lulus Peperiksaan Online >>> Lulus Pemeriksaan Fizikal >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap

Bukan mudah nak masuk gomen sekarang ni, anda perlu melepasi peperiksaan dan temuduga terlebih dahulu.

Iklan Peluang Kerjaya Leftenan Muda Maritim T13

  • Leftenan Muda Maritim Gred T13
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  • Ijazah (Pengurusan dan Profesional)
  • Kekosongan : 30
  • Simpanan : 20
  • Tarikh tutup permohonan : 14 September 2020 (Isnin), jam 11.59 malam.

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas

Berikut merupakan Syarat Lantikan, Gaji dan Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim T13:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:         

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan            
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,502.00); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains nautikal, sains samudera, pengajian kelautan (maritime studies) atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,646.88); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,646.88); atau
  • ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM2,792.63); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T13 : RM3,084.15).
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

dan       

memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:              

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa sepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan                             

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Leftenan Muda Maritim Gred T13, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:          

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas;
  • diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah; dan   

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Deskripsi Tugas Leftenan Muda Maritim T13

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim, pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :

https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Tip Peperiksaan dan Contoh Soalan Peperiksaan

Dipanggil menduduki peperiksaan online Leftenan Muda Maritim T13? Terus hubungi kami melalui whatsapp atau join telegram dibawah ini untuk sebarang perkembangan dan perkongsian contoh soalan nanti.

Join Telegram – https://t.me/joinchat/AAAAAFkSnZfuBldSvUlu3w

Jumpa disana!

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Leftenan Muda Maritim T13 ini membantu anda membuat permohonan. Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?