Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KB41 Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Bomba Gred KB41
  • Jab/Kementerian: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Kekosongan: 40
  • Simpanan: 40
  • Tarikh Tutup Permohonan: 06 Julai 2020 (Isnin) jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Cara Permohonan Jawatan Pegawai Bomba Gred KB41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KB41 secara online di portal SPA8i.

SPA8i Login – http://www.spa.gov.my/

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Pegawai Bomba Gred KB41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Bomba Gred KB41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Bomba Gred KB41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,094.00
  • Gaji Maksimum RM 9,604.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Bomba Gred KB41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:            

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00); atau
  4. ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 : RM2,300.73); atau   
  5. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,404.51); atau
  6. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,508.29); atau
  7. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,612.07).  dan       
  • mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar. dan       
  • lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan semasa ke semasa. 
Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan                              

Syarat Lantikan Bekas Anggota Tentera

Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan atau yang setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Juruterbang dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan 1(d) dan 1(e)            

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:                 

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan        

had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Bomba Gred KB41        

Aspek Operasi

Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.

Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Penguatkuasaan

Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran

Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Aspek Latihan

Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan

Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara.

Dipanggil Peperiksaan Online PSEE Penguasa Bomba KB41 pada 19 November 2020?

Kami pasti anda sedang mencari bahan rujukan dan contoh-contoh soalan peperiksaan untuk persediaan nanti.

Rujukan khas peperiksaan KB41 ini akan kami edarkan dalam masa terdekat, join telegram dibawah untuk tidak terlepas pengumuman penting. Contoh soalan juga akan dikongsikan didalam channel telegram ini.

Join telegram >>> https://t.me/joinchat/AAAAAEbFkhhRGgiUJgZTOg

[ Baca ] – Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?