Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19
Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.
Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19
Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.
- Jawatan: Pegawai Imigresen Gred KP19
- Jab/Kementerian: Jabatan Imigresen Malaysia
- Kekosongan: 109
- Simpanan: 690
- Tarikh Tutup Permohonan: 05 Januari 2020 jam 11:59 malam
Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19
Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen KP19 secara online di portal SPA8i.
Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.
Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.
Maklumat Gaji Pegawai Imigresen KP19
Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Imigresen KP19, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Imigresen KP19 nanti.
- Gaji minimum RM 1,360.00
- Gaji Maksimum RM 4,052.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00
Syarat Lantikan Pegawai Imigresen KP19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen KP19
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.
Semoga bermanfaat.
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41
- Ujian Psikometrik – Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 2022
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam KP41
- Contoh Soalan Ujian Spier Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29