Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  • Kem/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung)
  • Kekosongan: 10
  • Simpanan: 20
  • Tarikh Tutup Permohonan: 19 April 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/

Maklumat Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Khidmat Pelanggan N19 nanti.

  • Gaji minimum RM 1,352.00
  • Gaji Maksimum RM 4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Anda yang berminat dalam bidang perkhidmatan pelanggan, berikut adalah syarat lantikan untuk Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:

SYARAT LANTIKAN :       

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Deskripsi Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

DIPANGGIL EXAM PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN 07 OGOS 2020 INI?

Kami mahu bantu anda buat persediaan menduduki peperiksaan online ini.

Terus join telegram ini – https://t.me/joinchat/AAAAAEqeFHKw7wCyxtFaTw

Atau..

[ Baca ] – Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?