Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Dalam Negeri bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
  • Jab/Kementerian: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  • Kekosongan: 9
  • Simpanan: 15
  • Tarikh Tutup Permohonan: 11 Disember 2019 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Pegawai Penguat Kuasa KP41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Bomba nanti.

  • Gaji minimum : RM 2081.00
  • Gaji Maksimum : RM 9547.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Penguat Kuasa KP41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:           

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
  4. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
  5. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaa ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
  6. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).
Baca Juga  Jawatan Kosong Pembantu Perikanan G19

Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:  

  1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,390.37);atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,693.84). dan           
  3. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:    
  4. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  5. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  6. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  7. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  8. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  9. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  10. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan               

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN          

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:    

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:    
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca Juga  Jawatan Kosong Pemandu/Operator Jentera Pemunggah H11

Deskripsi Tugas Pegawai Penguat Kuasa KP41

  1. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  3. Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Jika anda dah memohon jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini, selepas ni anda hanya perlu menunggu panggilan untuk Peperiksaan Online samada Peperiksaan Online PSEE ataupun Ujian Psikometrik.

RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (28 JULAI 2020).

Kepada calon yang perlukan dan berminat untuk mendapatkan bahan rujukan:

✔️ Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah. (Contoh soalan dan jawapan, jalan kira juga disediakan).

✔️ Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris.

Tarikh Exam 28/07/2020. Boleh join channel Telegram berikut:

[+] https://t.me/joinchat/AAAAAEy4ZtvCWkF2-_CA4w

Sebarang Pertanyaan berkenaan rujukan boleh whatsapp melalui link berikut:

Whatsapp utk dapatkan rujukan peperiksaan – http://wasap.my/60143513110/kp41

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa KP41 ini memudahkan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup untuk temuduga tahun 2020 nanti.

Semoga berjaya!

Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?