Jawatan Kosong Pegawai Pertanian G41
Jawatan Kosong Pegawai Pertanian G41. Anda berminat memasuki pekerjaan dalam sektor awam? Jika anda mempunyai kelulusan yang menepati syarat kelayakan untuk menjawat jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, anda boleh mengemukakan permohonan melalui Portal SPA8i.

Untuk makluman, pihak SPA telah mengiklankan jawatan kosong untuk Pegawai Pertanian Gred G41 di laman web rasmi spa Malaysia. Penempatan bagi jawatan Pegawai Pertanian G41 ini adalah di Jabatan Pertanian Malaysia.
Anda boleh memohon jawatan ini di portal spa8 dan menunggu tapisan awal pihak SPA. Jika anda layak dan menepati syarat semasa yang ditetapkan, pihak SPA akan memanggil anda untuk menduduki Peperiksaan Online atau Ujian Psikometrik.
Jawatan Kosong Pegawai Pertanian G41
Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada pemohonan seluruh Malaysia.
- Jawatan: Pegawai Pertanian Gred G41
- Kem/Jabatan: Jabatan Pertanian Malaysia
- Kekosongan: 40 Orang
- Simpanan: 40 Orang
- Tarikh Tutup Permohonan: 26 Febuari 2020 jam 11.59 malam
Dibawah ini adalah keratan iklan jawatan kosong SPA.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Pertanian Gred G41
Bagi calon yang berminat, anda hanya boleh memohon jawatan ini melalui laman sesawang Portal SPA8i. Hanya permohonan atas talian yang diterima dan tempoh sah laku adalah 1 tahun dari tarikh permohonan anda lakukan.
Jika anda sudah pernah mendaftar dengan SPA8i, anda hanya perlu log masuk dan kemaskini permohonan jawatan anda. Kemudian, pilih Pegawai Pertanian Gred G41.
Sekiranya anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i, anda perlu mendaftar akaun baru kemudian buat permohonan.
Dibawah ini merupakan 2 link pautan untuk anda log masuk ke portal SPA8i.
Log Masuk Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i – Server 1
Log Masuk Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i – Server 2
Maklumat Gaji Pegawai Pertanian Gred G41
Jika sekiranya anda lulus peperiksaan online dan temuduga, anda akan memiliki gaji seperti dibawah ini:
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Kementerian/Jabatan Pertanian
- Jadual Gaji:
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,084.00 | RM9,551.00 | RM225.00 |
Semoga dengan pengiklanan Jawatan Kosong Pegawai Pertanian G41 ini membantu anda membuat permohonan atau mengemaskini permohonan baru untuk melayakkan anda dipanggil peperiksaan online atau ujian psikometrik nanti.
MAKLUMAN PEPERIKSAAN!
Sekiranya anda dipanggil menduduki peperiksaan online Ujian Psikometrik Pegawai Pertanian Gred G41 pada 24 Julai 2020, terus baca artikel dibawah untuk dapatkan rujukan & contoh soalan.
[ Baca ] – Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Pertanian G41
Semoga berjaya!
- Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41
- Ujian Psikometrik – Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma 2022
- Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam KP41
- Contoh Soalan Ujian Spier Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29