Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Jawatan Kosong Pegawai Sains C41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Pegawai Sains Gred C41(Embriologi) Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Sains Gred C41(Embriologi)
  • Jab/Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kekosongan: 2
  • Simpanan: 5
  • Tarikh Tutup Permohonan: 03 Febuari 2020(Isnin) jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Sains C41 secara online di portal SPA8i.

SPA8i Login – DAFTAR MASUK

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Pegawai Sains C41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Sains C41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Sains C41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,317.00
  • Gaji Maksimum RM 9,620.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Sains C41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB41

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan               

Syarat Peningkatan Secara Lantikan        

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:   

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan   
  2. had umur pelantikan:    
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  4. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  5. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

Pecahan Bidang :

Kementerian Kesihatan Malaysia –

  1. Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
  2. Kimia Hayat – bidang Biokimia
  3. Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  4. Embriologi – Biologi, Genetik
  5. Forensik – Sains Forensik
  6. Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  7. Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  8. Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  9. Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
  10. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
  11. Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

DIPANGGIL EXAM PEGAWAI SAINS GRED C41 (EMBRIOLOGI) PADA 14 OGOS 2020?

Kami ada sediakan Contoh-Contoh Soalan dan Rujukan Ulangkaji untuk persediaan anda dibawah.

Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

[ Baca ] – Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Sains C41 (Embriologi)

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Sains C41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?