Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan). Berita baik untuk semua lepasan graduan dan yang masih mencari pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan pengisian kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Rekod Perubatan) di Kementerian Kesihatan malaysia.

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Oleh itu, individu yang berminat memasuki atau menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

  1. Memiliki ketrampilan yang baik
  2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam kerja berpasukan
  3. Mempunyai bakat pemimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)
  • JAWATAN: PEGAWAI TADBIR GRED N41 (REKOD PERUBATAN)
  • KEM/JABATAN: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  • KEKOSONGAN: 4 LANTIKAN
  • SIMPANAN: 30 ORANG

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:         

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan            
  3. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  4. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).   

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.           

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN       

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
Baca Juga  Jawatan Kosong Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 2020 (JBPM)

had umur pelantikan:   

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jadual Gaji Pegawai Tadbir N41

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,080.00RM9,546.00RM225.00

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41

Permohonan jawatan melalui SPA8 adalah boleh dibuat sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan permohonan anda ditapis pada peringkat awal pastikan anda memohon jawatan Pegawai Tadbir N41 ini sebelum atau pada 09 September 2020 (Rabu) jam 11:59 malam.

Lihat keperluan bidang dalam keratan iklan akhbar dibawah untuk panduan permohonan.

Loader Loading…
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Layari laman web spa8 untuk permohonan – Mohon sini

Tip Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41?

Setelah pengumuman tarikh peperiksaan dibuat pihak SPA, kami akan berikan anda Contoh Soalan dan Rujukan Khas untuk persediaan anda menduduki peperiksaan nanti.

Penjadualan Peperiksaan Online
  • Pegawai Tadbir Gred N41 (Rekod Perubatan)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan: 22 Disember 2020
  • Masa Peperiksaan: 10:00 pagi – 11:40 pagi

Untuk dapatkan contoh soalan dan tip peperiksaan, terus ambil melalui button dibawah ini:

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Semoga artikel Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ini membantu anda membuat permohonan di laman web SPA9.

Baca Juga  Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 PDRM

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?