Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  • Jab/Kementerian: Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Kekosongan: 53
  • Simpanan: 100
  • Tarikh Tutup Permohonan: 26 Januari 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Boleh rujuk panduan ini jika anda pertama kali mendaftar di portal SPA8i.

Maklumat Gaji Pegawai Teknologi Maklumat F41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,315.00
  • Gaji Maksimum RM 9,618.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
  4. ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
  5. ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
  6. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Negeri N41 dan Penggawa NP29 SPN Kelantan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.            

Syarat Peningkatan Secara Lantikan        

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:      

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan    
  • had umur pelantikan:    
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

MAKLUMAN!

Jika anda dipangil menduduki peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 8 Julai 2020. Pastikan anda buat persediaan RAPI!

Join channel telegram ini – https://t.me/joinchat/AAAAAFXdTxLEW0eBRHIV-A

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Baca Juga  Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?