Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang L41

Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang  L41 | Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Undang-Undang  L41 di Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bagi kekosongan jawatan dan pengisian Tahun 2020.

Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang  L41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang  L41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Undang-Undang  Gred  L41

Kekosongan:

  • Jabatan Peguam Negara – 36
  • Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan – 11

Tarikh Tutup Permohonan: 13 Januari 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang  L41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang  L41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Undang-Undang  L41 secara online di portal SPA8i.

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA – http://www.spa.gov.my/

Maklumat Gaji Pegawai Undang-Undang  L41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Undang-Undang  L41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Undang-Undang  L41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,418.00
  • Gaji Maksimum RM 9,607.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Undang-Undang  L41

SYARAT LANTIKAN :       

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:           

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
  4. lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);
Baca Juga  Jawatan Kosong Juruukur Gred J41

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.                 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN         

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:      
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  
  • had umur pelantikan:    
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Undang-Undang  L41

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Undang-Undang  L41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page

Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?