Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41. Adakah anda mahu berkhidmat di sektor awam? Peluang permohonan jawatan terbuka kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi kekosongan jawatan dan pengisian jawatan kosong Pegawai Veterinar GV41.

Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

Untuk makluman anda, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam proses untuk pengiklanan kekosongan jawatan di laman web rasmi SPA8i.

Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

Seperti yang diiklankan di portal SPA8i, berikut adalah maklumat kekosongan jawatan untuk dibuka kepada calon seluruh Malaysia.

  • Jawatan: Pegawai Veterinar Gred GV41
  • Jab/Kementerian: Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Kekosongan: 34
  • Simpanan: 40
  • Tarikh Tutup Permohonan: 19 Julai 2020 jam 11:59 malam

Dibawah ini adalah paparan iklan jawatan pihak SPA.

Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41

Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Veterinar GV41 online di portal SPA8i.

SPA8i Login –  https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam-spa8i

Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja, di laman sesawang SPA.

Permohonan jawatan ini adalah sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, untuk membolehkan anda ditapis pihak SPA untuk panggilan peperiksaan online, anda perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Tempoh sah permohonan adalah 1 tahun sahaja.

Maklumat Gaji Pegawai Veterinar GV41

Bagi anda yang berminat menjawat jawatan Pegawai Veterinar GV41, berikut adalah maklumat gaji sekiranya anda berjaya dalam temuduga Pegawai Veterinar GV41 nanti.

  • Gaji minimum RM 2,697.00
  • Gaji Maksimum RM 9,551.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Veterinar GV41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia; 
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan              
  3. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan Berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian 1 Jadual Kedua. (Gaji permulaan ialah pada Gred GV41:RM2,697.00)    
Baca Juga  Jawatan Kosong Pegawai Sains C41

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.            

Syarat Peningkatan Secara Lantikan       

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  • mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan ijazah am oleh Kerajaan dan lulus Peperiksaan Khas anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia; dan

had umur pelantikan:                   

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Veterinar GV41

Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.

Semoga permohonan anda untuk Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41 berjaya dan dipanggil peperiksaan online samada Peperiksaan Online PSEE atau Ujian Psikometrik nanti.

Semoga berjaya!

Baca Juga  Jawatan Kosong Penguasa Imigresen Gred KP41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?