Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19. Adakah anda yang pihak SPA cari untuk menjawat jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19? Jika anda berimpian untuk berkhidmat dalam sector awam, ini adalah peluang terbaik anda untuk membuat permohonan di laman portal SPA8i.

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Untuk makluman awal pemohon, pihak SPA akan membuat tapisan awal terlebih dahulu sebelum anda dipanggil sesi temuduga. Ianya sama ada Peperiksaan Online PSEE melibatkan Seksyen A- Pengetahuan Am, Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah, Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris ataupun Ujian Psikometrik.

Calon yang LULUS peperiksaan wajib ini sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut: (i) Mempunyai ketrampilan yang baik; (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai bakat kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Kekosongan jawatan ini adalah untuk;

  • Jawatan: Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
  • Kem/Jabatan: Kementerian Kerja Raya Malaysia
  • Kekosongan: 65 orang
  • Simpanan: 150 orang
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14 Jun 2020 jam 11:59 malam

Maklumat Jadual Gaji Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Berikut merupakan maklumat gaji Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19;

GAJI MINIMUM RM1,377.00 | GAJI MAKSIMUM RM4,052.00 | KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM100.00

Syarat Lantikan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Kelayakan Lantikan Ke Jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred Ja19

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).
Baca Juga  Jawatan Kosong Penolong Pustakawan Gred S29

Kelayakan Lantikan Ke Jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred Ja29

  1. Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  2. Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka bentuk, menyedia lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.

Diharapkan agar anda sempat memohon Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19 ini sebelum tarikh tutup untuk membolehkan anda layak untuk tapisan awal pihak SPA. Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?