Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11

Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11. Adakah anda berminat memasuki perkhidmatan awam? Sekiranya anda mempunyai kelulusan yang dikehendaki dan mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan pihak SPA, maka anda boleh memohon jawatan kosong Pembantu Awam Gred H11 di Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KETSA), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung dan Lelaki Sahaja).

Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11

Untuk pengetahuan awal, hanya calon yang layak dan berjaya dalam tapisan awal akan dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Peperiksaan ini terbahagi kepada 2 iaitu peperiksaan seksyen A, B dan C dan juga Ujian Psikometrik.

Dipendekkan cerita, perjalanan kerjaya sebagai Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti dibawah:

Lulus Tapisan SPA >>> Lulus Peperiksaan Online >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap

Bukan mudah nak masuk gomen sekarang ni, anda perlu melepasi peperiksaan dan temuduga terlebih dahulu.

Iklan Peluang Kerjaya Pembantu Awam Gred H11

Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11
  • Pembantu Awam Gred H11
  • Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KETSA), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung dan Lelaki Sahaja)
  • PT3/PMR (Kumpulan Pelaksana)
  • Kekosongan : 156
  • Simpanan : 1000
  • Tarikh tutup permohonan : 18 Oktober 2020 (Ahad), jam 11.59 malam.

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

Berikut merupakan Syarat Lantikan, Gaji dan Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:          

  1. Warganegara Malaysia; dan      
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan                  
  4. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)
  5. (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia) (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)
Baca Juga  Jawatan Kosong Jurugeospatial J41

Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas >>> https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/pmr-pt3/pembantu-awam-gred-h11

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

Mohon sini >>> https://spa9.spa.gov.my/login

Tip Peperiksaan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

Dipanggil menduduki peperiksaan online Pembantu Awam Gred H11? Terus hubungi kami melalui whatsapp atau join telegram dibawah ini untuk sebarang perkembangan dan perkongsian contoh soalan nanti.

Join Telegram – https://t.me/joinchat/AAAAAEXkw1o9LxpeWXqaRg

Jumpa disana!

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Awam Gred H11 ini membantu anda membuat permohonan. Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?