Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengiklankan kekosongan jawatan bagi Pembantu Pendaftaran Gred KP19.

Calon yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini mempunyai keterampilan yang baik, mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan, mempunyai bakat kemimpinan dan mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlangMempunyai kelayakan/profesinalisme yang sesuai dengan jawatan.

Iklan Kekosongan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19

Dimana penempatan Pembantu Pendaftaran KP19 ini?

Pengisian kekosongan kali ini merupakan pengambilan jawatan untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk Semenanjung sahaja.

  • Bilangan kekosongan: 18
  • Simpanan: 100

Syarat Kelayakan Permohonan Pembantu Pendaftaran KP19

Untuk makluman calon, terdapat syarat kelayakan yang perlu diketahui sebelum membuat permohonan nanti.

Antara syarat kelayakan permohonan bagi jawatan ini adalah:

  • Memiliki dua (2) Kepujian (termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu) serta empat (4) Lulus SPM; atau
  • Memiliki dua (2) Kepujian (termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu) dan empat (4) Lulus dalam SPM serta SKM Tahap 2 atau SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan Jawatan

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula.

Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.

Tarikh tutup permohonan baru bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 26 Julai 2020 (Ahad) jam 11:59 malam.

Mohon secara online di http://www.spa.gov.my/

One thought on “Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

You cannot copy content of this page
Open chat
1
Boleh Kami Bantu Anda?
Hello, boleh kami bantu anda?